Showing posts with label Diari Hidupku. Show all posts
Showing posts with label Diari Hidupku. Show all posts

Tuesday, 5 June 2012

My Famly...rindu Kat diorg... :(

Ini Adik No 3...Maaflah pic kak long tak...sebab kak long liat sangat nk bergambr..huhuhu


Yang Sweter Merah tu...Adik No 6...sangat manja
dengan kak Ngah die..saya la kak ngah die... sebelah tu
kawan baek die..merangkap adik angkat...eh tbe² plak..huhuhu


Yang Sweet² ni adik yang bongsu...
pun manja gak..tp manja ngn pakwe die..
HaHaHaHaHaHaHaHa..<3


mamat yang tengah termenung ni.....adik lelaki yang sulong..kire die taiko  la
Sebab menjaga rumah di kampung...hehehehehe... like mother like son...
Rindu arwah mak...tengok je muka die...


ERmmm..next Time,, I snap curi² pic kak long....nak balik kampung..kelas la pulak...hmmm..Sabar ye wahai adik² ku..t i apply cuti lame sket k....huhuhuhuhu

Thursday, 17 May 2012


~ ♥ Duhai Gadis ,Cintailah Dalam Ketenangan, Dalam Kesyahduan ♥ ~

Assalaamu'alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Duhai gadis,.. maukah ku beritahukan padamu bagaimana mencintai dengan indah ?
Inginkah ku bisikkan bagaimana mencintai dengan syahdu..?
Maka dengarlah…!

Gadis.., Saat ku jatuh cinta..
Tak akan ku berucap..
Tak akan ku berkata..
Namun ku hanya akan diam..

Saat ku mencintai, takkan pernah ku menyatakan.
Tak akan ku menggoreskan..
Yang ku lakukan hanyalah diam..

Aku tahu, cinta adalah fitrah..sebuah anugrah tak terperih..
Karena cinta adalah kehidupan.
Karena rasa itu adalah cahaya.
Aku tahu, hidup tanpa cinta, bagaikan hidup dalam gelap gulita..
Namun.. Saat rasa itu menyapa, maka hadapi dgn anggun.
Karena rasa itu ibarat belenggu pelangi, dengan begitu banyak warna.
Cinta terkadang membuatmu bahagia, namun tak jarang membuatmu menderita.
Cinta ada kalanya manis bagaikan gula,
Namun juga mampu memberi pahit yang sangat getir.
Cinta adalah perangkap rasa..
Sekali kau salah berlaku, maka kau akan terkungkung dalam waktu yang lama dalam lingkaran derita.

Kasihku … , Agar kau dapat keluar dari belenggu itu.
Dan mampu melaluinya dgn anggun..
Maka mencintailah dalam hening.
Dalam diam..
Tak perlu kau lari, tak perlu kau hindari.
Namun juga, jangan kau sikapi dgn berlebihan.
Jangan kau umbar rasamu.
Jangan kau tumpahkan segala sukamu..

Cobalah merenung sejenak dan fikirkan dgn tenang..
Kita percaya takdir bukan?
Kita tahu dengan sangat jelas...
Dia, Allah telah mengatur segalanya dengan begitu rapinya?
Jadi, apa yang kau risaukan?
Biarkan Allah yg mengaturnya,
Dan yakinlah di tangan-Nya semua akan baik-baik saja..

Cobalah renungkan...
Dia yang kau cinta, belum tentu atau mungkin tak akan pernah menjadi milikmu..
Dia yang kau puja, yang kau ingat saat siang dan yang kau tangisi ketika malam,
Akankah dia yang telah Allah takdirkan denganmu?

Kasihku… , kita tak tahu dan tak akan pernah tahu..
Hingga saatnya tiba..
Maka, ku ingatkan padamu, tidakkah kau malu jika smua rasa telah kau umbar...
Namun ternyata kelak bukan kau yg dia pilih untuk mendampingi hidupnya?
Kasihku…, Karena cinta kita begitu agung untuk di umbar..
Begitu mulia untuk di tampakkan..
Begitu sakral untuk di tumpahkan..

Dan sadarilah gadis, fitrah kita wanita adalah pemalu,
Dan kau indah karena sifat malumu..
Lalu, masihkah kau tampak menawan jika rasa malu itu telah di nafikan?
Masihkah kau tampak bestari jika malu itu telah kau singkap..
Duhai gadis, jadikan malu sebagai selendangmu..
Maka tawan hatimu sendiri dalam sangkar keimanan..
Dalam jeruji kesetiaan..
Yah.. Kesetiaan padanya yg telah Allah tuliskan namamu dan namanya di Lauhul Mahfuzh..
Jauh sebelum bumi dan langit dicipta..

Maka cintailah dlm hening.
Agar jika memang bukan dia yg ditakdirkan untukmu,
Maka cukuplah Allah dan kau yg tahu segala rasamu..
Agar kesucianmu tetap terjaga..
Agar keanggunanmu tetap terbias..

Maka, ku beritahukan padamu,
Pegang kendali hatimu..Jangan kau lepaskan.
Acuhkan semua godaan yg menghampirimu..
Cinta bukan untuk kau hancurkan, bukan untuk kau musnahkan..
Namun cinta hanya butuh kau kendalikan, hanya cukup kau arahkan..

Gadis... yg kau butuhkan hanya waktu, sabar dan percaya..
Maka, peganglah kendali hatimu,
Lalu..Arahkan pd Nya..
Dan cintailah dalam diam..
Dalam hening..

Itu jauh lebih indah.. 

** Andai ini yang tertulis buatku..akan ku nanti dengan penuh kesabaran...andai tiada aku redho ya Allah...

Thursday, 19 April 2012

Puisi Untuk Ayah

Ayahanda,

Aku tak mampu mengantar kepergianmu
Langit mendung turut berduka
Orang-orang riuh rendah becerita
Tentang segala amal kebaikanmu
Aku datang kepadamu, ayah
Semilir di bawah kamboja dan nisanmu
Aku menangis dan berdoa
Mengenang segala salah dan dosaku kepadamu
Kepergianmu seketika mendewasakan aku
Mengajarkan aku betapa penting arti hidup
Untuk menjadi berguna bagi sesama
Kepergianmu mengajarku
Bagaimana harus mencintai dan menyayangi
Bagaimana harus tulus berkorban dan bersabar
Bagaimana harus berjuang demi anak-anaknya
Hingga saat terakhir hayatmu
Engkau terus berdoa demi kebahagiaan anak-anakmu
Hari ini aku menemuimu, ayah
Lewat sebait puisi untuk mengenangmu
Bila datang saatnya nanti
Kan kuceritakan segala kebesaran dan keagunganmu
Bersama embun fajar kemarau ku sertakan doa
Semoga engkau mendapatkan tempat terbaik di sisi-Nya
Ayah,
Aku merindukanmu

Monday, 13 February 2012

**>> Tentang Rasa <<**

Aku tersesat
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Ijinkan ku lepas penatku
‘tuk sejenak lelap di bahumu

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam di dera goda dan masa

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

~~>.< Cinta Harus Memiliki >.<~~

Sunday, 28 August 2011

Kasihnya ibu membawa ke syurga..kasihnya ayah kekal selamanya..

Seketika aku merenung nasib, menghitung hari ingin pulang ke kampung. Menjengah ibu yang berada di Hospital. Setiap hari hatiku begetar,,setiap hari jiwaku resah,,ikutkan hati tidak ingin meninggalkannya tetapi kerana tuntutan kerja aku terpaksa pulang ke Kuala Lumpur.

Satu petang..adik menelefonku mengatakan mak telah di bawa ke Hospital Temerloh. Aku berasa lega sedikit kerana permohonan utk tukarkan ibu ke HT dipercepatkan. Di sana segala kelengkapan serta doktor pakar ada. Tetapi kelegaan itu hanya seketika..sekali lagi telefonku berbunyi "kak..balik la cepat..mak nazak". Rupanya mak ditransfer ke sana kerana sesak nafas kali kedua. Kali ini hatiku terlalu cemas...serba serbi tidak kena.

Sepanjang perjalanan..adik kol tanpa henti..lepas sorang..sorang kol.. Sekali lagi panggilan dari zul "kak, kat mane dah..mak x mampu tuk benafas sendiri..doktor sarankan mak gunakan bantuan mesin utk bernafas tapi....." talian terputus.. aku hubungi kembali "aku hanya mendengar rintihan suara mak yang menahan kesakitan..adik tu suara mak ke sambil air mata berlinangan.." zul berkata "ia kak..mcm mana sekarang kak..ktrg semua tunggu keputusan akak.. "baiklah akak izinkan tapi apa kata doktor.. tak boleh ketunggu kejap..akak dah sampai pintu hospital dah ni" zul berkata "kemungkinan lepas ni mak koma tapi semuanya bergantung pada diri mak..lau mak kuat, insyaallah mak sedar".. tapi doktor tak boleh tunggu lame lagi..operasi perlu diteruskan demi keselamatan mak.. Ya Allah..hanya kau saja yang tahu perasaan hatiku waktu itu.

Tidak sampai 10 minit setelah telefon diletakkan..semua adik-adikku menungguku di Lobi hospital. Doktor bagitahu operasi pemasangan mesin bantuan penafasan itu dalam 4 jam. Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. Aku meminta izin pada pengawal hospital untuk mlihat keadaan mak. Setelah sampai ditingkat , mulut dan hatiku terus terkunci..hanya pergerakan tangan saja yang mampu aku lakukan. Kesiannya melihat mak yang masih separuh sedar..meronta2 kesakitan. Kami bergilir-gilir naik ke atas dan kak long setia menunggu mak di wad.

Tepat jam 4 pagi kak long kol..."na..tolong akak angkat barang,, haaa..angkat barang..nak bawa pegi mana.."  dalam otakku satu je..mak dah tak de. Kak long "mak terpaksa dipindahkan ke ICU2..mak kritikal sangat ni" tak sampai 3 minit aku sampai ke tingkat 7. Setelah siap kemas...aku folow nurse dan doktor sambil mengiringi mak ke wad ICU2. Begini rupanya wad ICU2..dimana pesakit yang kronik ditempatkan. Kami hanya dibenarkan melihat mak 5 minit..kerana mak terpaksa ditukarkan darah segera. Kena tunggu waktu melawat baru boleh masuk jenguk mak lagi. Lamaaaanyerrr......

Setelah bersahur..solat subuh,,aku menunggu di lobi hospital. pakcik dan adik2 berehat di homestay berdekatan. Mujurlah ade tempat berehat. Menanti jam 12 terlalu lame ku rasakan..tidak sanggup tunggu dibawah..aku naik ke tingkat 4. Menunggu diluar bilik ICU2 sehingga jam 12. Penantian satu penyeksaan..akhirnya aku dapat melihat mak. doktor ingin berjumpa kesemua anak-anak mak. Aku kumpulkan adik beradik. Doktor menjelaskan keadaan mak yang sebenar..hanya air mata yang bisa mengalir perlahan..ku tahan demi adik-adik. Setelah hampir 15minit penjelasan oleh doktor,, aku terpaksa menandatangi pengesahan bahawa segala penerangan dan segala risiko telah dijelaskan kepada kami.

Sampai diluar bilik ICU2..kakiku tidak mampu lagi untuk berdiri..pandanganku kabur.. Hampir 5 minit keadaanku begitu.. Aku cuba kuatkan diri untuk bangun.. Aku terpaksa pulang ke KL semula kerana cuti tahunanku sudah habis. Tepat jam 530 hospital melefonku..meminta ku naik ke atas. Mengikut kata nurse, mesin pernafasan perlu dicabut kerana harapan mak untuk hidup sudah tiada. Aku bergegas pulang ke HT. Sejam lepas itu aku sampai tapi.................................................................................. adik-adik semua menungguku dibilik jenazah. Ku lihat satu persatu wajah adik-adikku,,wajah yang sugul tetapi mampu mengawal emosi masing-masing. Tetapi kala ini hati seorang lelaki yang kuat jugabisa runtuh..adik lelakiku yang sulong menagis sambil memelukku..seraya berkata"kak, mak dah takde" apa lagi yang mampu ku perkatakan "sabarla dik..kita hanya mampu berdoa tapi Allah amat menyangi mak" setelah setengah jam menunggu van jenazah..akhirnya jenazah mak sampai dirumah....disambut oleh orang-orang kampung.

Tepat jam 130 petang semuanya telah selesai..kini hanya tinggal aku dan adik beradik..Tidak sampai 2 bulan pemergian arwah abah...kini mak pula menjejaki abah. Ya allah...terlalu kuat ujianMu kali ini. Ku bermohon padaMu agar kami diberikan kekuatan untuk meneruskan hidup. Al Fatihah~~~~




Tabahkan hati wahai adik-adikku...ingat,,setiap yang hidup pasti akan mati.

Friday, 5 August 2011

Pulangkan Lah...

Jangan sesali apa yang telah berlaku....
Tetapi hargailah benda yang ada didepan mata.....

Kadangkala kita alpa...kita sentiasa inginkan kecantikan..kesempurnaan...
Terlalu pentingkan darjat..dimanakah sifat keperimanusiaanmu..
Tatkala ini,,saat ini...diriku amat memerlukan sokongan yang padu untuk bangun semula..
Tatkala ini juga..jiwa sentiasa resah...sentiasa menidakkan kebenaran...

Aku amat merindui dirinya yang dahulu...
Di mana kasih sayang kami yang begitu utuh..begitu erat..
Hanya berjauhan...sudah terbit keretakan...
Kemunculan orang ketiga....
Ketiadaan sikap keadilan....terpancar kebencian di matamu...

Aku hanya mampu menahan air mata dari jatuh berderai...
Menahan hati yang sakit....menahan jiwa yang perit...
Seperti dihiris belati tajam..menusuk terus ke dalam hatiku..
Mengapa tidak pernah kau hargai...

Suatu ketika..kesibukan bukan menjadi punca...
Suatu ketika..perubahan, kejauhan bukanlah segala2nya...
Tetapi..................masa pantas berlalu, seperti jua hatimu...
Berubah kerana kecantikan, berubah kerana diriku kurang sempurna...

Ku berikan cukup waktu untuk kau berfikir tetapi.......
Diri ini tidak mampu lagi untuk bertahan...adakalanya syaitan kerap berbisik,
supaya melakuka sesuatu yang buruk..adakalanya aku menang..akalanya aku tewas...

Kerinduan, sayang serta cinta yang begitu menebal...membuatkan aku tidak mampu melupakanmu..
Apa tah lagi untuk menidakkan kehadiranmu..


~~tabahkan hatiku~~

Sunday, 31 July 2011

Ku berikan hatiku pada dunia
dunia menipu, mempersendakan...
meletakkan aku dilembah kehinaa.

Ku beriikan hatiku pada manusia
Manusia mempergunakan, mengahncur lumatkan jiwaku

Ku berikan hati pada yang ESA
hatiku dibelai, disayangi serta dilindungi
Lembut, Syahdu, Nyaman damai sekali

Namun akulah manusia yang sentiasa leka
Sentiasa alpa dengan arus kemodenan
leka dan terus terpedaya

Fitrah kehidupan..adakalnya kita diatas...
adakalanya kita dibawah...
Adakalnya kita bahagia...adakalanya kite sengsara...

Thursday, 28 July 2011

Langit Tidak Selalu Cerah...

Satu Ungkapan Yang Bisa Melunturkan Hati Setiap Insan....


Jiwa meronta kesedihan..
Tatkala semua insan sedang lena diulik mimpi
Kala ini juga hati sedang merintih kesunyian..
Mengharapkan akan hadirnya seseorang...
Ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan ditengahari...
Sayu, pilu, rindu...membuak² di dalam hati...
Air mata berpusu² ingin membanjiri...


Setiba Di Persimpangan
langkah kita tidak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu...
Adakalanya ku rasanya kau terlalu jauh dengan diriku...
cuba mencari ruang yang baru...
Tetapi dimindaku kau tetap menjelma


Sekali sekala ada rindu yang datang tiba²
Mungkin Kerana sayang yang mendalam 
Membuatkan hatiku merintih merindui..


Daku menjejaki pantai rindu
Menyaksikan rintihan berlalu
Ombak resah yang menghempas diri
Hanyutkanlah kedukaan
Bawalah jauh daripada bayanganmu

Itula yang acapkali ku harapkan..
Agar diri ini mampu melupakan mu

Sunday, 22 May 2011

Tanggal 21 Mei 2011, Jam 5.00 pg

Saat dan ketika nya..tatkala ajal tiba,tiada apa yang mampu menghalang.. hanya mampu beserah serta redha dengan ketentuananya..

Abah dimasukkan ke wad kali pertama kerana demam panas serta batuk yang teruk...dan kencing manis yang agak tinggi. Ketika itu, aku diterengganu kerana terlibat dengan Sukan Badan Berkanun (SUKANUN)..hatiku bercelaru... alhamdulillah aku sempat balik..dan ketika itu abah telah pun keluar dari hospital. Aku mengambil keputusan untuk pulang terus kekampung...dan hatiku agak lega pabila melihat keceriaan di wajah abah.Aku kembali semula ke KL untuk meneruskan kerja seperti biasa..

Hari khamis..19 Mei 2011, jam 11.30 pagi, aku menerima panggilan dari kampung mengatakan abah dimasukkan semula ke dalam wad.. Kali ni  abah dimasukkn atas sebab demam panas yg mendadak serta batuk berdarah. Sesampai sahaja dihospital, mak meluahkan rasa sedih serta hiba......aku cuba memberikan kata-kata semangat  pada mak agar bersabar.. Aku berulang kehospital seperti biasa..menghantar makanan serta keperluan yg lain...

Tepat jam 5pagi aku menerimapanggilan dari mak,,,,,
Berbagai rasa didalam hati ni tatkala mendengarsuara mak....aku dan adik2 yang lain bergegas ke hospital.. 'NA...cepatla datang..abah nazak'...tatkala itu..hatiku cukup sebak dan fikiran melayang-layang...aku tau aku perlu tabah dan kuat didepan adik beradikku... 

Sesampai sahaja dihospital...aku dikejutkan lagi dengan berita kematian ayahanda yang tersayang.... Aku tidak percaya sehinggalah aku melihat dengan mataku sendiri... Ketika itu.....................air mata tidak mampu disekat lagi...hampir longlai seluruh tubuhku ketika itu. Tapi demi ibuku..aku bangun semula..ku lihat adik-adikku hampir hilang arah...ku peluk erat kesemua adik beradikku.. Ya Allah...kau berikanlah kekuatan kepada kami sekeluarga untuk meneruskan hidup. Kami merelakan serta redha dengan pemergiannya.. 
AL FATIHAH..


Tuesday, 22 February 2011

sadis dan tragis...

Kejadian ni berlaku waktu petang tadi,,,sewaktu aku nk balik umah.. mangkuk hanyun ni rapat je folow. Bajet nk potongla tp tgh jem tu bang, mn leh potong..nk nyelit pun tgu clear sket la. Dengan ketidak sabaraan die, memotong aku tanpa rasa bersalah..kaki aku tegesel kat kereta belah pintu driver. Tekejut tahap dewa, aku pun say sori la kat mamat bw kete tu. Darah mmg menyerap kat jantung, kepala, hati, mate...habis la naik darah. sampai2 je mamat tu melintang kat depan traficlight..dlm hati "ade lg mamat ni....ingt dah berambus ke bulan dah"...

Bile traficlight hijau..die buat hal lagii...mmg nk kena maki betul la...die boleh blok aku.. bg la aku yg sebelah kanan ni jalan dulu. Dah ko dok melentang...saba2 la. Xpe..aku saba lg....aku pun tarik nafas dalam2 dengan harapan manusia bernama jantan ni aku x jumpe dah....aku bg die jalan dulu, kang lau aku degil mau aku tegolek depan die. sampai kat masjid kg baru..aku jumpe lg..MMG MANGKUK HANYUN NI HIDUP DIE MENYUSAHKAN AKU... kat situ pun die melintang jugakk..aku rs mamat ni sewel la.. aku bengang,,aku langgar j la lampu merah tu,,eee....mmg sakit hatila..mujur mmg kearah masjid tu xde kederaan dari arah kiri, aku pun bla la.

Sampai depan kedai runcit, aku bertembung lg ngn si lelaki keparat ni...(hati mmg dah panas sbb dh kne 4 kali)..dgn muke bengis cari jalan x jumpe. Benti depan kedai...tau malu. Mangkuk hanyun ni xtau jalan tp belagak pandai...ringan je mulut nk maki.. "ko ade lesen ke x ni..." sengalllllllllllllllllll...

Kesudahannye...aku balik sambil menahan marah...dalam hati,,sabar je la..x kemana pun kalau maki2 org ni..maafkan je la..harap2 malam ni die x lena tido sebab wat hal ngan aku...huhuhuhuhu

Monday, 7 February 2011

My Aktiviti

Kejohanan Piala CEO - Ni dapat tempat pertama...he³


 Ni Sukan Antara Bahagian..Rumah Hijau.. Ni nth no bape nth..he³

Kejohanan Antara Jabatan-Jabatan Rsnye.. ms ni game kat melaka



Saturday, 5 February 2011

POLIGAMI

 Aku bukan menolak poligami tapi poligami yang tolak aku...he3....

     Berpoligami..semuanya input yang aku dapat menyedihkan. Poligami sekarang ni dah tak mengira mampu @ tidak.. berpoligami atas dasar apa ye?? membela nasib?? menjaga maruah?? hak masing-masing untuk menerima poligami ini bagaimana..

     Ada satu kisah paling hampir dalam kehidupanku. Ada juga ahli keluargaku yang telah melayari kehidupan berpoligami tapi akhirnya kandas. Sebulan yang lalu makcikku meninggal dunia atas sebab sakit barah hati. Tapi lame gak sebenarnya makan hati dek perbuatan pakcik aku. Mak su izinkan tapi biasalah perempuan mana yang tak makan hati walaupun mengizinkan. Sebab tu arwah mengidap penyakit tu kot. Kehidupan yang begitu sempit dan pendapatan yang hanya cukup-cukup makan pun mahu berpoligami. Sudahnya, anak-anak terabai.. Mengikut sumber-sumber yang dipercayai, anak-anak beliau membesarkan diri sendiri dirumah pusaka Arwah nenek. Abah benarkan diorg tinggal kat situ. Kesiankan. Arwah maksu sakitnya tidak lama..hanya untuk 5 bulan. Mungkin sakitnya itu terlalu kritikal sehinggakan tidak mampu diubati lagi. Tapi seandainya dapat tahu awal mungkin maksu tak mahu berubat. Hatinya hancur..bekecai.. 
      
     Anak-anak arwah yang sulong sudah berumur 17tahun..spm agaknya tahun ni. Tak dapat ku gambarkan bagaimana dia ingin menghadapi peperiksaan tersebut. Adik yang paling bongsu dijaga oleh ibu tirinya. Walaupun ibu tirinya baik...tetapi anak-anak yang lain enggan menerima. Mungkin terlalu sakit hati @ mungkin mereka berfikir, ibu tirinyalah penyebab kematian maknya. Hmm....
      
     Apapun yang terjadi, ayah perlu memainkan peranan yang sangat penting ketika ini. Keluarga juga harus bekerjasama demi mendamaikan hati anak-anak. Walau dimana ayah berada, walau dimana ibu berada..ambil beratlah pasal anak-anak. Makan pakai mereka, kesihatan mereka, pelajaran mereka. Al-Fatihah buat arwah maksu yang telah lama meninggalkan kami semua.....
        

Tuesday, 1 February 2011

Tatkala Hati Merintih 1

         Bila malam menjelma,, hati gusar bermula.. apakah masih ada sinar yang bercahaya. Pikirannya merayau ntah ke mana. Memikirkan akan hari-hari yang bakal dilaluinya amat perit terasa. Setiap langkah diatur rapi, kadangkala tesasar jua. Menyimpang jauh. Apa yang dicari, apa yang dinanti oleh sang bulan. Masihkah bersisa kasih sayangnya itu. Hendak dibuang perasaan benci yang tersimpan sekian lama. Bagaimana?? 

           Setiap insan yang hadir tidak dinilai..tetapi terus dibenci,, adakalanya terus dipangkah serta dibuang jauh-jauh. Mana mungkin hatinya menjadi seperti dahulu. Kebencian diatas apa yang terjadi membuatkan dirinya semakin berhati-hati. Siapakah yang akan bertahta dihatinya??

Monday, 24 January 2011

Cintaku Milik Siapa

WAJAH mama yang kelihatan sugul membuatkan jiwanya tidak tentu arah. Semalam lagi mama sudah ceritakan segalanya. Diana dengan yakinnya kata dia tidak akan bahagia kalau kahwin dengan aku. Huh! Dengusan kasar dilepaskan. ‘Habis kalau dia kahwin dengan siapa yang dia akan bahagia? Perompak?Lanun?!’ marahnya dalam hati.

Apa yang susah sangat untuk gadis itu menerimanya. Sudah dipujuk dan dirayu tetapi masih keras macam batu. Sudah cukup bagus rasanya dia bersetuju untuk mengahwini gadis itu. Bukannya dia itu lawa mana pun, tapi demand macam dia itu Miss Universe saja gayanya. Kutuknya lagi. Ikutkan hati yang tengah panas ditambah dengan wajah sugul mama yang semakin membuatkan jiwanya tidak menentu hendak saja dia bertemu face-to-face dengan Diana yang degil itu pada saat ini juga!

Masih terngiang-ngiang di dalam pendengarannya, ‘I dare you!’ kata yang diungkapkan oleh Diana ketika pertemuan mereka berlangsung untuk membincangkan tentang perihal perkahwinan yang menjadi impian mama. Dengusan kasar dilepaskan lagi. Dia benar-benar tidak berpuas hati. Aku takkan lepaskan Ana dengan mudah! Ana akan kahwin dengan aku juga!!! Tekadnya dalam hati.
‘Paksa ke, tak rela ke, dia kena berkahwin dengan aku jugak!!!’ fikirnya dengan angkuh.
“Riz…,” suara mama yang lembut menyapa pendengarannya. Lantas dia tersenyum membalas senyuman mama.

“Mama minta maaf… mama terlalu memaksa…,” mama memulakan kata-kata. Fariz sudah dapat menangkap perihal perkara yang hendak mama cakapkan. Pastinya tentang Diana. Apa yang terlalu istimewanya gadis itu sehingga mama terlalu berkenankan dia? Sampai mama dah tak nampak wajah orang lain? Walaupun hatinya sakit dengan keputusan mama yang beria-ria menyuruhnya mengahwini Diana, tetapi untuk kebahagiaan mama, dia tidak kisah.
“Mama… mama…,” tersangkut-sangkut kata-kata mama. “Mama sayang sangat dengan Ana…,” ucap mama dengan sayu. Kesal mungkin sebab Diana tidak menerima lamarannya. Fariz terus saja memaut bahu mama.

“Mama… kita bagi masa lagi pada Ana, biar dia fikir… kalau kita mendesak macam ni, memang dia takkan setuju. Kita tunggu lagi seminggu dua… kita bagi dia fikir,” ucap Fariz tenang. ‘Aku akan buat kau bersetuju Ana! Kau takkan dapat lari dari aku!’ sambungnya dengan perasaan marah. Mulut kata lain, hati kata lain.
Pandangan mama nyata kembali bersinar mendengar kata-kata pujukan dari bibir Fariz. Mungkin salahnya juga terlalu mengharapkan jawapan dalam masa yang singkat. Benar, Ana memerlukan waktu untuk berfikir dan selepas itu dia mungkin akan bersetuju. Fikir mama sendiri.
Serentak itu senyuman manis diukirkan di bibirnya. Dia sudah boleh fokus dengan kerja-kerja lain.
Fariz yang melihat perubahan mood mama juga mengukir senyuman. Lega rasanya apabila wajah mama tidak sugul seperti tadi. Nyata ‘aura’ Diana begitu kuat mengikat diri mama untuk terus berharap pada gadis itu. ‘Riz akan desak dia mama!’.

DIANA awal-awal lagi sudah melangkah masuk ke bilik saat rumahnya menerima kunjungan tetamu yang tidak diundang itu. Tetapi emaknya overexcited, menyuruhnya duduk sama di ruang tamu. ‘Apa rumah aku ini besar sangat ke, sampai nak duduk dekat hall pun kena berteman!’ desisnya geram. Bertambah-tambah menyampah bila orang itu mula menghadiahkan senyuman.

Diana mengalihkan pandang ke arah lain. Tak sudi pun nak menerima senyuman itu. Entah ikhlas atau tidak. Macam dia tidak kenal saja dengan sikap jejaka yang bernama Fariz ini. Lelaki angkuh dan berlagak ini mana pernah menghulurkan sesuatu tanpa mengharapkan balasan. Huh! Hati Diana terasa bergelodak kembali.
‘Aku fikir sudah selesai masalah ini, rupanya tidak lagi’ fikir Diana. Dia sudah tidak mampu bertenang lagi-lagi apabila mata lelaki itu tidak beralih dari wajahnya. Walaupun memandang dengan ekor mata, dia perasan juga!

“So… tunggu apa lagi? Pergilah siap!” Fariz sudah mula memberi arahan. Diana yang diam tidak berkutik di tempat duduk hanya melengahkan masanya.
Diana pula sudah mengetap bibir mendengar arahan dari bibir lelaki angkuh itu. Ewah-ewah! Bukan main lagi dia bagi arahan, dia ingat dia itu siapa nak arah-arah aku! Sudahlah datang tak berjemput. Kutuk Diana dalam hati.

“Ana… pergilah siap cepat,” nada Fariz terus berubah lembut saat Puan Laila menghidangkan air untuknya. Dia mengukir senyuman paling manis untuk bakal mak mentua.
Puan Laila sudah teruja. Wajahnya dikalih pada Diana pula. “Diana pi siap cepat… Fariz nak ajak hang keluaq,” ucap Puan Laila dengan ceria.
Diana sudah menjeling. Geram kerana dirinya terus dipaksa. Kebencian untuk Fariz terus bertambah-tambah. Kakinya dihentak-hentak ke lantai sebelum dia bergerak ke bilik.
Puan Laila sudah menjegil tajam melihat Diana yang sudah masuk dalam bilik. Siap dihempas pintu kuat. Wajah Fariz kelihatan terkejut, tidak menyangka Diana akan bereaksi begitu. Senyuman kelat menghiasi bibir.
“Fariz jangan ingat apa-apa na… Ana tengah celaru. Tu yang dia duk buat perangai macam ni…,” ucap Puan Laila dengan serba salah. Malu dengan sikap Diana, tidak menjaga langsung tertib sopan didepan tetamu mereka. Nanti apa pula difikirkan Fariz nanti.

Namun senyuman di bibir Fariz sudah mampu membuatkan Puan Laila menarik nafas lega. Nyata Fariz tidak mengambil hati. Lagipun Fariz sudah mengenali sikap Ana yang kepala batu sejak kecil lagi. Fikirnya.
Selepas sejam, baru wajah Diana yang telah bersiap muncul dari dalam bilik. Sengaja dia berbuat begitu. Sengaja bersiap lambat-lambat. Sengaja dia hendak menghangatkan hati Fariz. Kalau Fariz boleh bagi dia sakit hati, dia pun boleh membalas juga. Saat wajah kelat Fariz menyapa pandangan mata, Diana menarik senyuman puas. ‘Padan muka!’.

“Kami minta diri dulu,” ucap Fariz sambil menyalami tangan Puan Laila dengan sopan. Diana sudah menjeling ke arah dinding. Menyampah rasa hati melihat lakonan pelakon tak bertauliah ini. Selepas Fariz dia pula mengambil giliran bersalam dengan emaknya.
Tangan Diana laju saja mencapai kunci kereta yang tergantung di dinding. Tetapi dihalang oleh Fariz. Diana hanya memandang pelik.

“Naik kereta abang…,” tutur Fariz selamba. Bibirnya terus saja mengukir senyuman nakal saat Diana membuat mimik muka tidak percaya mendengar kata ganti dirinya yang baru.
Diana mengibas wajahnya dengan telapak tangan. Terasa hendak pengsan pun ada. ‘Abang!!! Euuwww… tak kuasa nak melayan!!!’ desis hatinya. Bibirnya dijuihkan. Bertambah-tambah menyampah rasanya dengan lelaki bernama Fariz ini.

Sunyi sepi keadaan antara mereka berdua. Hanya muzik yang berkemundang dari siaran radio yang menghidupkan suasana bising dalam kereta. Diana sejak masuk ke dalam hingga sekarang tidak memandang langsung ke sebelah kanan. Pandangannya hanya ditala ke luar kereta. Walaupun kesejukan di dalam kereta sudah mampu untuk membuat tergigil tetapi ia masih belum cukup untuk menyejukkan hatinya yang sedang mendidih kemarahan.
“Kita pergi makan ya Ana… abang bawa Ana ke tempat yang special hari ni…,” ucap Fariz dengan suara yang lembut. Untuk melancarkan sesi pembujukan, dia perlu berlembut dengan Diana.
“Tak perlu nak ajak makan semua… saya tengok muka awak pun dah tak lalu nak makan!” balas Diana kasar.
“And one more thing… don’t abang-abang with me!!! It’s sounds annoying!” sambung Diana dengan nada sinis. Senyuman sarkastik menghiasi bibir.
“Abang cuma nak kita jadi lebih mesra,” balas Fariz lembut dengan harapan Diana akan berlembut juga.
“Tak perlu kot… saya tak berminat nak bermesra alam dengan awak!” kasar lagi balasan dari bibir Diana.
Fariz mengetap bibir. ‘Aku berlembut, dia makin kasar pula! Sabar Fariz… sabar!’.
“Okay… kalau macam tu, kita pergi tengok wayang? Nak?” Fariz mencuba lagi. Ikutkan hatinya sendiri dia tidak mahu bertemu dengan Diana, tapi kerana mama… dia tidak kisah. Mama yang terlalu obses hendak bermenantukan Diana, tapi tengoklah sikap menantu pilihan mama ini macam mana! Hatinya mendengus kasar.

Diana mendiamkan diri. Otaknya ligat berfikir bagaimana hendak menyedarkan Fariz supaya tidak terus mendesaknya. Bagaimana dan apa yang perlu Diana lakukan? Bersikap kasar hanya akan menambahkan kemarahan lelaki itu dan dia akan terus mendesak sampai aku cakap setuju! Diana masih tekun berfikir.
‘Mungkin kami perlukan tempat yang tenang untuk berbincang! Nak pergi mana ya?’ soal Diana sendiri.
‘Tepi pantai? Queensbay dah selalu sangat aku pergi!Bosan… Ahah! Sementara ada driver ni…’ mata Diana melirik sekilas pada Fariz yang sedang memandu. Dia tersenyum dalam hati. ‘Bila lagi nak membuli? Peluang dah ada depan mata!’.
“Kita pergi Batu Feringghi nak?” soal Diana dengan ceria. Sengaja pura-pura berminat hendak keluar dengan Fariz si kaki berlagak ini.
“Batu Feringghi… sampai sana?” soal Fariz tidak percaya. Anggukan Diana menjawab persoalannya. Lalu, terus saja dia menghala kereta menyusur ke jalan Green Lane. Keretanya bergerak dengan lancar saja kerana keadaan trafik tidak begitu sibuk.

Walaupun dia kelihatan tenang memandu kereta Proton Persona yang berwarna Chrome itu, tetapi hatinya tidak tenang. Melihat wajah Diana yang tiba-tiba berubah ceria, membuatkan mindanya tertanya-tanya. Tadi bukan main kasar… tiba-tiba saja macam kena hypnotize berubah jadi ceria. ‘Dia akan setuju ke dengan perkahwinan ini?’ teka-teki yang mula bermain di kepalanya.
ANGIN pantai yang berdesir lembut seolah-olah mengalirkan ketenangan dalam jiwanya. Sejak turun dari kereta dia masih lagi belum memulakan bicara dengan Fariz. Kakinya terus saja melangkah ke anak pantai. Mujur saja air laut tidak pasang. Kalau tidak, tak dapat dia berdiri di sini. Lama dia menghadap ke wajah laut yang terbentang luas. Sekejap-sekejap matanya dipejam cuba menghayati keindahan ciptaan Allah. Terasa tenang.

Tetapi ketenangan yang singgah tidak lama. Saat jemari Fariz dengan selambanya menarik tangannya ke dalam genggaman terus saja mengubah riak wajahnya. Lelaki itu tersengih melihat wajahnya yang sudah berapi. Pantas Diana merentap tangannya.
“Suka hati dia ja!!!” marah Diana.
“Eh… kita kan nak dating, mestilah kena berpegang tangan…,” ucap Fariz dengan wajah yang tidak bersalah. Sekali dia menarik jemari milik Diana. Namun kali ini Diana sudah pantas menjarakkan diri.
Wajah Diana dipalit senyuman sinis mendengar jawapan dari Fariz.
“Saya ni… dilahirkan sebagai seorang Islam. Saya belajar hukum-hakam haram dan halal. Saya tak terpengaruh dengan budaya lain selain dari agama saya. Lainlah macam orang tu kan… dah kena pengaruh dek budaya barat. Duduk di UK lama sangat, sampai dah terlupa agaknya tentang hukum haram dan halal…,” sindir Diana. Jelingan tajam dihadiahkan buat Fariz. Dasar lelaki gatal! Ada saja peluang mula nak ambil kesempatan. ‘Mencemarkan tangan aku yang suci lagi murni dengan sentuhan kasar dia!’.
Fariz hanya menghadiahkan senyuman sinis kembali pada Diana. Geram pula rasanya bila gadis itu berlagak pandai hendak menegurnya itu dan ini.
“Oh ya… hukum haram dan halal. Kalau macam tu, keadaan kita keluar berdua ni… nak cakap macam mana? Haram atau halal?” sindir Fariz memulangkan paku keras pada Diana.
“Siapa yang ajak keluar?” suara Diana sudah meninggi. Geram bila Fariz asyik mewujudkan suasana tegang di antara mereka. Dia saja yang kena menang. Orang lain semuanya salah.
“Siapa suruh Ana ikut… abang tak paksa pun,” semakin panas hati Diana mendengar jawapan yang diberikan oleh Fariz.
“Stop using the word abang!!! I hate it and I hate you!” Diana menjerit geram. Kawasan pantai yang kosong pada ketika itu seolah-olah memberi ruang untuk dia mengekspresikan sebarang emosi. Nak menjerit sekuat hati pun tak apa.
“Suka hati abanglah!!!” balasan Fariz hanya menambahkan kejengkelan dalam hati Diana. Diana cuba untuk bertenang. Dia tahu, kalau mereka terus bergaduh macam anjing dan kucing, sampai ke sudah masalah takkan selesai.

“Encik Fariz… boleh tak awak jangan sakitkan hati saya!” ucap Diana perlahan. Dia sudah penat berfikir. Janganlah dipanjangkan lagi masalah ini.
“Abang tak sakitkan hati Ana pun… abang nak kita berbaik. Abang nak kita kahwin. Kenapa Ana degil sangat? Mama sedih sangat sebab Ana tak setuju…,” Fariz sudah kembali berbicara lembut. Turut diselitkan nama mama kerana dia berharap Diana akan rasa bersalah dan terus bersetuju.
“Kahwin?” Diana berkata sinis. “It’s very easy for you isn’t! Mudahnya mulut tu nak mengajak anak dara orang kahwin… awak dah lupa ke dengan status awak? Nak saya ingatkan balik ke… awak tu… suami orang!!!” Diana mengucapkan kata-kata dengan sinis sekali.
Inilah bebanan yang ditanggung Diana. Hendak diluahkan kebenaran tentang perkahwinan Fariz yang dirahsiakan dari pengetahuan keluarga, dia sudah berjanji bahawa dia tidak akan masuk campur. Dia mahu Fariz berterus-terang dengan Aunty Zuby. Berterus-terang tentang segalanya. Dia tidak dapat membayangkan apa reaksi emak dan abah jika mereka tahu yang sebenarnya anak mereka dilamar untuk menjadi isteri kedua. Dalam masa yang sama, status perkahwinan pertama dirahsiakan dari keluarga. Diana tidak sanggup.
‘Entah kenapa Fariz takut sangat nak berterus-terang tentang perkahwinan dia dengan mama. Berani kahwin, berani mengakulah kan?’.

“So… apa masalahnya dengan status tu? Bukannya family kita tahu pun…,” balas Fariz selamba. Diana semakin sakit hati mendengar jawapan dari bibir Fariz.
“Tak boleh ke awak berterus-terang dengan mama yang awak dah kahwin masa belajar dekat UK… apa masalahnya? Berterus-terang… susah sangat ke nak buat benda tu. Pandai kahwin, pandai mengakulah!!!” sinis saja Diana membalas.
“Ana tak perlu sibuk-sibuk nak fikir pasal hal perkahwinan abang… sekarang ni, Ana cuma perlu cakap setuju saja dengan rancangan perkahwinan kita, then everything will be settled!” Fariz begitu bersungguh-sungguh dengan tekadnya untuk mendesak Diana bersetuju dengan rancangan mama.

“Awak dah berkahwin dan saya tak nak kahwin dengan suami orang!!!” tegas Diana memberi jawapan. Ini adalah kata putus. Dia tidak akan berganjak dari jawapannya. Matanya melirik pada wajah Fariz yang berdiri di sebelah. Jelingan tajam dihadiahkan buat jejaka itu. Namun apabila bibir Fariz kembali mengukir senyuman penuh makna di wajahnya, Diana semakin tidak tentu arah!
‘Ah! Lelaki ini terlalu banyak agenda yang tersembunyi’ desisnya.

Wednesday, 19 January 2011

bermacam ragam manusia

Manusia selau beranggapan, setiap manusia yang diam adalah lemah...ada jugak yang kata, bila diam..dia salah. Hmm..ini lah manusia. Bekerja didalam situasi yang mana melibatkan perasaan, macam nilah jadinya. Kejujuran serta ketulusan setiap kerja yang dihasilkan dianggap kosong. Inilah lumrah kehidupan..agaknya mereka² ni x boleh tengok ada orang  lebih agaknya. Ada saja benda yang membuatkan mereka tidak puas hati..

Setiap hari ada saja yang x kena.. ade je suara² sinis yang x senang dengan kewujudannya. Penat bila fikirkan masalah² insan² yang sentiasa bermain dengan emosi. Agaknye mereka ni mmg macam tu kut.

Kejohanan Bola Jaring

PRA- PENDAFTARAN PENYERTAAN KEJOHANAN SUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA 2011

Lepas je meting semalam, trus set nk wat friendly game. nak kuatkn stamina la katekan. Position pun dh atur baik punyer.. xtau la leh pegi jauh ke tak. Yang paling penting komitmen mesti leh berjayakan.. doa kawan² paling penting..

Game akan berlangsung pada :- 8 hingga 14 Mei 2011, bertempat di Universiti Malaysia Terengganu..