Saturday 5 February 2011

POLIGAMI

 Aku bukan menolak poligami tapi poligami yang tolak aku...he3....

     Berpoligami..semuanya input yang aku dapat menyedihkan. Poligami sekarang ni dah tak mengira mampu @ tidak.. berpoligami atas dasar apa ye?? membela nasib?? menjaga maruah?? hak masing-masing untuk menerima poligami ini bagaimana..

     Ada satu kisah paling hampir dalam kehidupanku. Ada juga ahli keluargaku yang telah melayari kehidupan berpoligami tapi akhirnya kandas. Sebulan yang lalu makcikku meninggal dunia atas sebab sakit barah hati. Tapi lame gak sebenarnya makan hati dek perbuatan pakcik aku. Mak su izinkan tapi biasalah perempuan mana yang tak makan hati walaupun mengizinkan. Sebab tu arwah mengidap penyakit tu kot. Kehidupan yang begitu sempit dan pendapatan yang hanya cukup-cukup makan pun mahu berpoligami. Sudahnya, anak-anak terabai.. Mengikut sumber-sumber yang dipercayai, anak-anak beliau membesarkan diri sendiri dirumah pusaka Arwah nenek. Abah benarkan diorg tinggal kat situ. Kesiankan. Arwah maksu sakitnya tidak lama..hanya untuk 5 bulan. Mungkin sakitnya itu terlalu kritikal sehinggakan tidak mampu diubati lagi. Tapi seandainya dapat tahu awal mungkin maksu tak mahu berubat. Hatinya hancur..bekecai.. 
      
     Anak-anak arwah yang sulong sudah berumur 17tahun..spm agaknya tahun ni. Tak dapat ku gambarkan bagaimana dia ingin menghadapi peperiksaan tersebut. Adik yang paling bongsu dijaga oleh ibu tirinya. Walaupun ibu tirinya baik...tetapi anak-anak yang lain enggan menerima. Mungkin terlalu sakit hati @ mungkin mereka berfikir, ibu tirinyalah penyebab kematian maknya. Hmm....
      
     Apapun yang terjadi, ayah perlu memainkan peranan yang sangat penting ketika ini. Keluarga juga harus bekerjasama demi mendamaikan hati anak-anak. Walau dimana ayah berada, walau dimana ibu berada..ambil beratlah pasal anak-anak. Makan pakai mereka, kesihatan mereka, pelajaran mereka. Al-Fatihah buat arwah maksu yang telah lama meninggalkan kami semua.....
        

1 comment:

Sricahaya said...

Sian anak2 mak su tu..pandai berdikari sendiri..

alfatihah utk maksu nana