Monday, 25 March 2013

Cintaku Untukmu...



~Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya~
~(Surah Al-Baqarah,286)~

Haris seorang pemuda kampung yang dilahirkan tanpa ayah di sisi. Kini dia meningkat remaja. Usianya sudah menjangkau belasan tahun. Ibunya iaitu Puan Izzah yang selama ini berkorban jiwa dan keluarga demi untuk membesarkannya. Haris seorang anak tunggal. Kehidupan mereka tidak seperti jiran-jiran yang lain.

Terkadang air mata Haris menitis sendiri pabila melihat  anak-anak jirannya yang pulang dari sekolah sambil ditemani oleh ayah mereka tercinta.

“Mesti seronok kalau aku ada ayah. Kalau ayah ada sekarang aku pasti akan membantu setiap kerja ayah.” Bisik hati Haris

“Haris, kau buat apa termenung di luar pintu tu? Kau dah nak kahwin ke nak?” Gurau puan Izzah

“Owh.. Mak, terkejut Haris, takdela mak..Haris rindukan arwah abah..mak walau Haris tak pernah jumpa abah tapi Haris rasa abah sentiasa dekat sangat dengan kita kan mak?”

Puan Izzah hanya terdiam kaku. Terpancar dari raut wajah tuanya itu kesedihan pabila anaknya yang tercinta melontarkan kata-kata memori dulu. Fikirannya jua turut melayang mengingati arwah suaminya yang tercinta  itu.

“Haris nak tau tak, masa arwah abah masih ada, dia sentiasa ingatkan mak tentang hubungan kita dengan Allah. Pesan arwah walau kita senang atau susah tapi kita kena sentiasa bersyukur kerana itu semua datang dari Allah. Jangan sesekali kita sombong bila kita berada di muka bumi ini. Arwah jugak pesan supaya  mak jadi isteri soleh dan selalu nasihatkan arwah kalau dia ada melakukan kesilapan. Arwah abah Haris seorang yang sederhana. Dia sentiasa tolong orang kampung walau dia sendiri dalam kesempitan. Masa mak mengandungkan Haris, arwah selalu berpesan tolong jaga anak dia baik-baik, dia sentiasa berdoa siang dan malam supaya zuriat yang mak kandung itu menjadi anak yang soleh dikemudian hari.” Ungkap Puan Izzah

“Mak..boleh Haris tanya satu soalan?”

“Boleh nak..”

“Haris layak tak jadi macam arwah abah?”

“Kenapa Haris kata macam tue sayang? Mestilah layak. Haris kan dari darah daging arwah abah. Mak bersyukur sangat dapat anak macam Haris. Kita serba kekurangan tapi Haris sentiasa faham  keadaan kita. Haris, mak minta maaf ya tak dapat menyediakan kehidupan yang baik untuk Haris.”

“Mak..Haris bersyukur sangat dengan kehidupan sekarang. Cukuplah Haris ada seorang ibu yang paling mulia yang paling baik di dunia. Mak I love u.” Sambil Haris mencium pipi ibunya

“Mak Haris minta maaf kalau selama nie Haris selalu menyusahkan mak, maaf jugak atas kenakalan Haris ye mak?”

“Ye nak..biasalah..tapi..”

“Tapi apa mak?”

“Kalau abah kau masih ada mesti dia gembira melihat kau dah besar panjang. Wajah seiras dengan dia.”

Mereka terdiam…

“Mak boleh tak Haris tanya satu lagi soalan”

“Ye nak?”

“Mak boleh tak Haris nak minta pada Allah supaya Allah pulangkan abah Haris balik? Haris rindu sangat-sangat nak rasa peluk cium dari seorang abah. Haris teringin sangat-sangat nak lihat abah senyum dengan Haris. Mak..Haris nak rasa semua tue. Boleh tak mak?”

“Wahai anakku sayang..mak faham perasaan kau. Sabarlah nak. Allah maha mengetahui apa yang terbaik buat hambanya. Kau beruntung nak”

“Kenapa mak?” Soal Haris

“Sebab dari lahir Haris  tak pernah  buat dosa dengan seorang insan yang bergelar ayah. Haris sayang, Allah sayang pada kita. Nie ujian buat mak dan Haris. Haris kena yakin ujian yang Allah bagi nie adalah tanda cinta Allah pada hambanya. Sabar kita nanti pasti akan di balas.” Pesan ibu meluah rasa

~selamat sejahteralah kamu disebabkan kesabaran kamu, maka amatlah baiknya balasan kamu ( Surah Ar-Ra’d,32)~

“Baik mak..mak Haris kadang-kadang kecewa dengan kawan-kawan Haris, mereka macam tak bersyukur je bila dikurniakan seorang ayah. Nak je Haris cakap kalau mereka tak suka ayah mereka. Berikan pada Haris. Atau pinjamkan pada Haris sekejap pun takpe mak.”

“Eh, Haris nak suruh mak kahwin lain ke?” Puan Izzah seakan bergurau mengambil hirau anaknya yang mula gusar

“Bukanlah mak..hehe..mak nie..mak kita dah nak masuk bulan Ramadhan kan?”

“Ye nak”

“Haris tak  pernah rasa bersahur dan berbuka puasa dengan arwah abah apatah lagi solat tarawikh dengan arwah. Mesti seronok kan mak pernah rasa semua tue dengan abah. Tapi Haris redho mak, dapat bersama berpuasa dengan mak pun Haris dah bersyukur. Haris nak kumpul pahala banyak-banyak bulan puasa nanti. Haris nak bagi dekat mak dan arwah abah. Mak doakan moga Haris sempat tau balas jasa-jasa mak. Haris takut nanti Haris jumpa abah dulu”

“Sayang..ajal maut tue kan rahsia Allah. Kita cuma bersiap sedia dan berusaha yang terbaik je untuk bekalan kita di sana nanti ye?.”

“InsyaAllah mak..mak minta maaf jugak tau masa Haris kecil-kecil dulu. Haris curi masakan mak. Masa bulan puasa. Haris laparla mak masa tue.hehe..Haris selalu mandi lama-lama dalam bilik air sebab nak rasa nikmatnya berbuka puasa ditengahari.hehe. Tapi tue masa kecil dulu mak. Sekarang dah tak. Mak percayakan pada anak mak yang kacak nie?”

“Ye anakku sayang. Biasalah budak-budak”  

“Apa yang biasa mak? Owh..mak pernah buat jugak ae? “Gurau Haris

“Haris nie…”

“Mak, terima kasih tau sanggup jaga Haris sampai sekarang. Haris akan balas jasa mak suatu hari nanti. Mak janji tau jangan tinggalkan Haris.Janji. mak bak kata atuk. Promise me okay?hee”

“Baik sayangku. Mak berjanji. Entah-entah Haris nanti yang tinggalkan mak. Yela bila dah berharta, berkeluarga, ibu bapa pun dah dilupa. Ditinggal tanpa dihirau sesiapa. Jangan buat macam tue ye sayang. Allah tak suka pada anak yang derhaka. Mak dan abah taknak  Haris jadi seorang anak derhaka”

~Dan kami wajibkan manusia berbuat kebaikan kepada kedua ibu bapanya,ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan susah payah ( Surah Al-Ahqaf, 15)~

“Ye mak yang ku sayang kerana Allah.”
Ramadhan kali ini hadir lagi. Haris dan Puan Izzah sabar menanti. Walau persiapan mereka sederhana. Tapi biarlah ibadah mereka maksima pada bulan yang mulia ini. Sucinya kasih seorang ibu pada anaknya tak pernah luput. Cintanya sang anak pada arwah ayahnya yang begotu banyak berkorban tak pernah hilang. Keluarga bahagia, cerminan syurga! Anak derhaka penghias neraka!

~Wahai Tuhanku! Cucurkanlah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil ( Surah Al-Israa’, ayat 23-24)~

Tuesday, 19 March 2013




Ya Allah, aku memohon kecintaanMU, kecintaan orang yang sentiasa mencintaiMU, kecintaan apa sahaja mendekatkan diriku kepadaMU, dan masukkanlah aku ke syurga bersama-sama kecintaan itu..






Love someone who will bring you straight to jannah..
And never compare your love story with those in the movies, 
because they are written by scriptwriters..
your's is written by ALLAH..