Tuesday 13 December 2011

Ombak Rindu - Hafiz & Adira (OST Ombak Rindu)

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuesday 25 October 2011

~~~~:::** BuaT iNsAN YanG PeRNaH BeRtaHta DiHatie**:::~~~~~

Akan kurentangkan tangan...
Untuk melindungimu dari badai...
Siapku jadi penopang...
Saat lara yang menghujam jiwa...
Menuntunmu alirkan bening kecewa...

Jika bahuku tak bisa jadi tempatmu...
Merebahkan penat...
Kan kubiarkan kau tenggelam sejenak...
Bersama keinginanmu...

Namun dengarlah!!!
Dalam kepastian ini...
Selalu kugenggam erat...
Kobar semangat dan hangat rasamu...
Biar kau bisa rasakan hadirku...

Dan takkan pernah kauacuhkan...
Ragapun rasamu akan ragu...
Yang membuatmu terhanyut...

Jika mimpi mampu kubeli.

Dan khayalan mampu kuciptakan...

Kan kuberikan mimpi paling sempurna...

Nan bisa membuat senyum kecilmu merekah..


I miss u My Prince.... 

Monday 24 October 2011

~:::**aDaKaLA Hati Ini TerLaLu rinDU**:::~

Setiap kali rindu berlabuh...
Setiap itu jua lagu ini berkumandang...
Seperti mengalu-alukan kehadiran rindu itu...
Bahagia  yang kudamba..akhirnya layu bak bunga yg sedang mekar....


Ya allah berikan lah diri ini kekuatan agar mampu melupakanmu...
Insan yang telah lame bertahta dihati...andai kau tahu...
Betapa sengsaranya hati ini disaat² getir....disaat² ku perlukan mu disisi.....
Air mata menitis...tiada lagi pemujuk hati.....
Hati yang pilu tiada lagi yang menyembuhkan....

Friday 21 October 2011

Saya Rela Undur Diri Untu Melihat Dia Bahagia

CUKUPLAH AKU MENCINTAI DALAM DIAM ♥

Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )



Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )


Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)


If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way


“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)

Thursday 20 October 2011

BILA LELAKI BETUL² SERIUS DALAM PERCINTAAN….

Kecantikan kamu diketepikan…keikhlasan kamu diutamakan... Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya. si dia akan sentiasa menghantar sms..wlpan diblas..ini tnda si dia sentiasa memikirkan kamu…

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan.

Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah...

Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu.. .Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat.

Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu.

Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja

Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh.

Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain.

Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu.

Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.

Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.

sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur.

Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.. Tidak suka kamu memakai seksi...kerna tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain wlpn berlengan pendek...

Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

Dia tidak suka kamu keluar malam…tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu... Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya. HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.. *khas buat kamu wahai sang kumbang*

~~~~~~~~~:::::**Layan Perasaan Jom**:::::~~~~~~~~~




~~::* BILA KAMU MENYAYANGI SESEORANG*::~~

1.Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu hubungan
berdasarkan perasaan, ia hanya akan gagal karena perasaan senantiasa berubah dari masa ke kemasa.

2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sebenarnya seorang yang istimewa dan biarkan dianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia karena sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya karena dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sekali kali mencoba untuk mempermainkan keluhuran cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan membuat alasan supaya dia menerima cinta anda karena kelak, yang akan anda dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia karena dia telah cukup sempurna semenjak anda mulai terpikat padanya.

6. Percaya akan dirinya. Senantiasa berbaik sangka padanya, jika kita juga menginginkan begitu darinya . Pastikan anda akan senantiasa memperlakukan diri anda pada tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apalagi dia.

7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya karena selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, niscaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa alasan. Dia bukan hanya akan menangis kecewa dan kemudian meneruskan hidupnya seperti biasa, ketahuilah bahwa jiwanya akan mati secara perlahan.

10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, mendapatkan hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda peroleh setelah anda berjaya menyayanginya hingga akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah karena dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha dengan segala upaya untuk memenangkan cintanya, maka dengan itu haruslah anda juga berusaha untuk terus mencintai dirinya apapun keadaannya.. <3

Wednesday 19 October 2011

~~::*Istikharah Cinta*::~~

→● Ya akhi...para ikhwan....
sungguh hati wanita ini lemah....
hati wanita itu mudah terjangkiti virus,dan bagaimana jika kita telah jatuh cinta...
bagaimana ternyata hati kita sudah saling merindu...menginginkan adanya kebersamaan...
merindukan adanya kasih yang tanpa akhir...
sementara....KITA BELUM HALAL....!!!!!! DAN MUNGKIN KITA TIDAK AKAN PERNAH JADI HALAL....!!!!!!

sanggupkah engkau pertanggungjawabkan sms-sms mesramu...???
sangggupkah engkau pertanggungjawabkan telepon mesramu...???
sanggupkah engkau pertanggungjawabkan tangis kami karena mulai merindukanmu...??? mulai berharap padamu...???

Tolong, kami hanya ingin menjaga diri . Menjaga amal kami tetap tertuju pada-NYA.Karena janji Allah itu pasti. Wanita baik hanya diperuntukkan laki-laki baik.

Jangan ajak mata kami berzina dengan memandangmu! Jangan ajak telinga kami berzina dengan mendengar pujianmu! Jangan ajak tangan kami berzina dengan menerima hadiah kasih sayangmu! Jangan ajak kaki kami berzina dengan mendatangimu! Jangan ajak hati kami berzina dengan ber-dua-an denganmu!
ya akhi,ikhwan calon pemimpin kami di masa depan....

jika engkau benar-benar serius ...mengapa engkau hanya bersembunyi dibalik internetmu...???
bersembunyi dibalik HPmu...???
bersembunyi dalam kata-katamu...????????

kita sudah lelah dengan semua itu...sungguhpun kita tidak mengharapkan seorang laki-laki BERMENTAL TEMPE...yang hanya berani di dunia maya...
yang hanya berani di dunia sms...
dan yang lari dari tanggungjawab setelah merasa tidak cocok....

jika engkau memang sungguh serius...
DATANGLAH PADA ORANGTUA KAMI...!!!
JAWAB PERTANYAAN KAMI DENGAN LANTANG...!! DIHADAPAN KAMI...!!!!
JAWAB PERTANYAAN KAMI SECARA LANGSUNG....!!!!

kami wanita ingin pemimpin yang berani....
kami wanita yang ingin menjaga diri...kami wanita yang tidak ingin diberi harapan palsu...janji gombal
kami wanita yang ingin laki-laki yang halal ●← 
Masa berlalu begitu pantas.
Yang muda semakin tua ...
Dan yang tua semakin tua .... dan bakal  menghadapi kematian!

Apakah erti sebenar kehidupan ini?!

Apakah yang dikejar2 oleh ramai manusia didunia ini?
Kekayaan?
Kemewahan?
Kedamaian?
Ketenangan?
Kasih sayang?
Persahabatan?......
Kebenaran?
Atau....Apa?!

Dimana-mana kita dapat melihat berbagai² kejadian.
Hari demi hari......
Suka dan duka....
Senyum dan tangis
Tenang dan gelisah
Air-mata dan pertumpahan darah
Jaya dan gagal
Kelahiran dan kematian!

Aku masih mengira-ngira tentang itu semua.
Yang aku pasti ialah....
Masa tetap akan bejalan terus tanpa belas kasihan dan tanpa menoleh kebelakang!

Tuesday 18 October 2011

Tiba Jua Saat Itu..


seiring waktu berlalu
tangis tawa di nafasku
hitam putih di hidupku
jalani takdirku

tiada satu tersembunyi
tiada satu yang terlupa
segala apa yang terjadi
engkaulah saksinya
 
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Pemaaf
padaMu hati bertobat

Kau yang Maha Pengasih
Kau yang Maha Penyayang
Kau yang Maha Pelindung
padaMu semua bertekun

yang dicinta ’kan pergi
yang didamba ’kan hilang
hidup kan terus berjalan
meski penuh dengan tangisan

andai bisa ku mengulang
waktu hilang dan terbuang
andai bisa ku kembali
hapus semua pedih

andai mungkin aku bisa
kembali ulang segalanya
tapi hidup takkan bisa
meski dengan air mata

Hati ini terlalu asing buatku~~~~

Hati insan mana yang tak sedih...
Hati mana yang tidak terluka....
Bila kekasih hatinya berpaling pada yang lain...
Tapi apakan daya..ku terpaksa terima..hati ini terlalu asing buatmu...
Tahniah ku ucapkan diatas kejayaanmu yang telah meruntuhkan kepercayaanku terhadapamu..

Ku kirimkan utusan ini khas buatmu yang amat kusayangi..
Akan kukuburkan segala penderitaanku bersama harapanku..
tatkala ini aku hanya mampu bertahan...bertahan untuk berjuang demi mencapai satu perjalanan hidup yang tenang....

Ku jua tahu...aku tidak layak berada disampingmu...aku tidak lengkap...mungkin jua aku tidak seindah yang kau sangka...

Tatkala ini jua....tiada lagi tangisan yang hadir...tetapi hanyalah kelukaan yang amat dalam...sukar untuk dipulihkan semula... 








Wednesday 12 October 2011

Hatimu Milikmu

Pernahkah engkau hargai
cintaku yang sejati
pernahkah engkau mengerti
akan diriku ini

Betapa hebatnya cintamu
memberiku sejuta pilu
betapa agungnya asmaramu
membuatku terpaku

Disisimu aku terdiam seribu bahasa
dihatiku bergetar sejuta rasa
namun sukar untuk aku meluahkan
kucinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
terasa batas degupan jantungku
mungkinkah hatimu milikku jua
kusayang padamu

Kan kuabadikan dikau
suatu kenangan yang manis
yang tak mungkin aku lupa
untuk selamanya

Kan kucoretkan kenanganmu
dalam sanubariku ini
dapat jadi yang terindah
di dalam hidupku ini

Disisimu aku terdiam seribu bahasa
dihatiku bergetar sejuta rasa
namun sukar untuk aku meluahkan
kucinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
terasa batas degupan jantungku
mungkinkah hatimu milikku jua
kusayang padamu

Bagai bahtera yang dilanda badai
Gelora cintamu
Mengoncang jiwaku
Berombak mencari
Daratan yang damai
Ohhh cintaku

Monday 5 September 2011

Melawan Kesepian


~~@ Kebahagiaan @~~~

Di saat aku kebingungan dalam menanti kebahagiaan darimu..di saat ini jua aku dilamar...dilamar oleh insan yang aku sendiri belum pasti akan perwatakannya.. 


Disaat ini jua aku amat memerlukan dirimu...menjadi seorang insan yang bergelar suami..yang mampu mendidikku serta  membimbingku dalam mencari keredhoan Allah.. Aku ingin menjadi seorang anak..isteri yang solehah..



Cinta karena Allah akan membuatmu merasa tidak perlu memiliki meskipun dalam hatimu kau sangat ingin. Adalah bagaimana kau bisa ikhlas ketika dia ternyata lebih mencintai orang lain dan bahkan kau pun bisa berdoa agar mereka bisa berbahagia.












Wednesday 31 August 2011

Aku tetap menunggumu...

Angin menderu dengan begitu kuat sekali bagai menampar pipiku.. Kicauan burung-burung pipit menenangkan jiwaku yang sedang mengelamun. Tanpa kusedari ada seseorang sedang memerhatiku..


"excuse me...cant i disturb u one minit...kat mane dewan peperiksaan..." tanya seorang lelaki.


Soalan lelaki tadi benar-benar mengganggu lamunanku.."ishhh..mamat ni,,kacau betulla" suara hatiku berkata sambil terpinga-pinga.. "urm...dewan peperiksaan ye...urm...encik jalan terus, then belok ke kiri..ada tangga naik atas..." betul ke...huhuhu...arghh, nanti dia jumpa la tu. Tanpa melengahkan masa lelaki itu terus berlalu tanpa ucapan terima kasih.


Eeee..sombongnye..dah la tak bagi salam..pastu bla cmtu je..time-time ni la nak tanya..apesal la tak tanya guard kat depan tu..hurmm macam-macam la manusia ni. Aku lihat jam baru pukul 1.45 petang..lambatnya masa ni berjalan. Lambatnya minah ni..berak batu ke apa.. arrghh..aku gerak ke kelas dulu la..lambat sangat tunggu minah ni besiap.


"Tarraa....ko ni mengelamun je la" sapa aini yang datang entah dari mana. Yang ko pun satu..berejam dalam tandas tu ko buat apa..lemau aku tunggu tau. "Maafla cik nana intan payung oii...aku cari lipstik aku tak taw kat mana..tu yang lambat tu" kata aini sambil tersipu-sipu dek kerana kelantangan suara aku. "Aku lemau tunggu ko tau tak..ntah mamat mana datang tanya dewan peperiksaan..pastu main bla je..muka je ensem tapi....harramm" "ko de ambik no telefon ngan nama dia tak.." dengan perasaan terujanya aini bertanya. "banyakla ko punya no tepon...bukan kata nombor, muka dia pun aku tak ingat..ada faham" dengan sinisnya aku memarahi aini. "elleh ia latuh..kedekut" kata aini sambil menjelirkan lidah.


*************************************************************************************************************
Yess...kelas dah tamat..... "na,ko nak g mana tu..laju bebenor" sapa aini termengah-mengah mengejarku. "Aku nak balik la..nanti lambat jalan jem..aku ni naik banyak transit..bukan macam ko..skali start dah sampai rumah" "Uhhhhh...itu macam kaa...try tengok,,skali start sampai rumah tak" Aini berseloroh.. tersenyum seketika... "Haaaaa...kan manis kalau senyum..jom aku anta ko balik.." "Sampai umah ke..." "Tak...sampai depan je.." "Kuajakkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!" aku dan aini terus menuju ke parking kereta.


"Larrrrrrr....sapa parking keta lagu nii...sengaiii toiii....." aini mengamuk. "Weeii...awat" "Ko tak nampak ke..aduhhh...tu besaq nak mampuih halang keta aku" bebel aini lagi. "Jom kita tengok..mana la taw, dia tak tarik handbreak" sambil menghampiri kereta jenis Honda Jazz. "Maaf..tadi saya nak cepat.." sapa suara dari belakang. "Dia ni lagi..."aku berkata di dalam hati. "Eh...tak pa, kami baru sat ja sampai..."sapaan aini lembut.   
Aku dah cukup masak dengan perangai aini ni..pantang tengok lelaki macho..ensem sket dah cair...hampeh ko aini..tadi bukan men lagi ko ngamuk ye...!!!! "Eh...cik tadikan sewaktu saya bertanya di lobi..nama saya Amir..maaf tadi tak sempat berterima kasih" kata lelaki tersebut. "Ouhh Amir...sama-sama.." "Nama cik...??"tanya amir. "Ehhh...nama saya Aini dan ini kawan saya nana ehh liyana." tiba-tiba aini mencelah sambil tersipu-sipu. "Erkk...ia nama saya liyana..panggil je saya nana" sapaanku. "Maaf urrmm....en amir, kami nak cepat ni..boleh alihkan kereta tak" "Boleh..boleh...maaf,, ini nombor telefon saya" kata amir. Aku dan aini bergerak ke kereta sambil membuat muka..aku tak minta pun nombor dia tadi.. "ko tak nak...bagi aku" sampuk aini. "eh..minah ni..over plak,, dia bagi aku bukan ko..senggggg.." 


"Bye aini...." "bye...jumpa esok" sapa aini..


*************************************************************************************************************
Arrgghhh letinya...kelas hari ni betul-betul memenatkan..perangai aini pun boleh tahan.. Urm...Amir,,konsultan n............tiba-tiba telefonku berbunyi. "Kak ngah balik tak minggu ni..kalau tak balik kami nak pegi umah akak" adikku yang nombor 4. "Akak tak balik la..ada kelas minggu ni..mai la umah akak" "Ok kak...bye....nanti adik nak turun KL adik kol balik" adik menamatkan panggilan. aku terus bergerak ke bilik dan mandi. Selesai solat magrib,,aku terus membaca al quran sementara menunggu isyak. Selesai sudah amalan untuk hari ini..tiba-tiba ingatanku laju kepada lelaki siang tadi..eh,,mana kad dia ye.. 


Sunday 28 August 2011

Kasihnya ibu membawa ke syurga..kasihnya ayah kekal selamanya..

Seketika aku merenung nasib, menghitung hari ingin pulang ke kampung. Menjengah ibu yang berada di Hospital. Setiap hari hatiku begetar,,setiap hari jiwaku resah,,ikutkan hati tidak ingin meninggalkannya tetapi kerana tuntutan kerja aku terpaksa pulang ke Kuala Lumpur.

Satu petang..adik menelefonku mengatakan mak telah di bawa ke Hospital Temerloh. Aku berasa lega sedikit kerana permohonan utk tukarkan ibu ke HT dipercepatkan. Di sana segala kelengkapan serta doktor pakar ada. Tetapi kelegaan itu hanya seketika..sekali lagi telefonku berbunyi "kak..balik la cepat..mak nazak". Rupanya mak ditransfer ke sana kerana sesak nafas kali kedua. Kali ini hatiku terlalu cemas...serba serbi tidak kena.

Sepanjang perjalanan..adik kol tanpa henti..lepas sorang..sorang kol.. Sekali lagi panggilan dari zul "kak, kat mane dah..mak x mampu tuk benafas sendiri..doktor sarankan mak gunakan bantuan mesin utk bernafas tapi....." talian terputus.. aku hubungi kembali "aku hanya mendengar rintihan suara mak yang menahan kesakitan..adik tu suara mak ke sambil air mata berlinangan.." zul berkata "ia kak..mcm mana sekarang kak..ktrg semua tunggu keputusan akak.. "baiklah akak izinkan tapi apa kata doktor.. tak boleh ketunggu kejap..akak dah sampai pintu hospital dah ni" zul berkata "kemungkinan lepas ni mak koma tapi semuanya bergantung pada diri mak..lau mak kuat, insyaallah mak sedar".. tapi doktor tak boleh tunggu lame lagi..operasi perlu diteruskan demi keselamatan mak.. Ya Allah..hanya kau saja yang tahu perasaan hatiku waktu itu.

Tidak sampai 10 minit setelah telefon diletakkan..semua adik-adikku menungguku di Lobi hospital. Doktor bagitahu operasi pemasangan mesin bantuan penafasan itu dalam 4 jam. Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. Aku meminta izin pada pengawal hospital untuk mlihat keadaan mak. Setelah sampai ditingkat , mulut dan hatiku terus terkunci..hanya pergerakan tangan saja yang mampu aku lakukan. Kesiannya melihat mak yang masih separuh sedar..meronta2 kesakitan. Kami bergilir-gilir naik ke atas dan kak long setia menunggu mak di wad.

Tepat jam 4 pagi kak long kol..."na..tolong akak angkat barang,, haaa..angkat barang..nak bawa pegi mana.."  dalam otakku satu je..mak dah tak de. Kak long "mak terpaksa dipindahkan ke ICU2..mak kritikal sangat ni" tak sampai 3 minit aku sampai ke tingkat 7. Setelah siap kemas...aku folow nurse dan doktor sambil mengiringi mak ke wad ICU2. Begini rupanya wad ICU2..dimana pesakit yang kronik ditempatkan. Kami hanya dibenarkan melihat mak 5 minit..kerana mak terpaksa ditukarkan darah segera. Kena tunggu waktu melawat baru boleh masuk jenguk mak lagi. Lamaaaanyerrr......

Setelah bersahur..solat subuh,,aku menunggu di lobi hospital. pakcik dan adik2 berehat di homestay berdekatan. Mujurlah ade tempat berehat. Menanti jam 12 terlalu lame ku rasakan..tidak sanggup tunggu dibawah..aku naik ke tingkat 4. Menunggu diluar bilik ICU2 sehingga jam 12. Penantian satu penyeksaan..akhirnya aku dapat melihat mak. doktor ingin berjumpa kesemua anak-anak mak. Aku kumpulkan adik beradik. Doktor menjelaskan keadaan mak yang sebenar..hanya air mata yang bisa mengalir perlahan..ku tahan demi adik-adik. Setelah hampir 15minit penjelasan oleh doktor,, aku terpaksa menandatangi pengesahan bahawa segala penerangan dan segala risiko telah dijelaskan kepada kami.

Sampai diluar bilik ICU2..kakiku tidak mampu lagi untuk berdiri..pandanganku kabur.. Hampir 5 minit keadaanku begitu.. Aku cuba kuatkan diri untuk bangun.. Aku terpaksa pulang ke KL semula kerana cuti tahunanku sudah habis. Tepat jam 530 hospital melefonku..meminta ku naik ke atas. Mengikut kata nurse, mesin pernafasan perlu dicabut kerana harapan mak untuk hidup sudah tiada. Aku bergegas pulang ke HT. Sejam lepas itu aku sampai tapi.................................................................................. adik-adik semua menungguku dibilik jenazah. Ku lihat satu persatu wajah adik-adikku,,wajah yang sugul tetapi mampu mengawal emosi masing-masing. Tetapi kala ini hati seorang lelaki yang kuat jugabisa runtuh..adik lelakiku yang sulong menagis sambil memelukku..seraya berkata"kak, mak dah takde" apa lagi yang mampu ku perkatakan "sabarla dik..kita hanya mampu berdoa tapi Allah amat menyangi mak" setelah setengah jam menunggu van jenazah..akhirnya jenazah mak sampai dirumah....disambut oleh orang-orang kampung.

Tepat jam 130 petang semuanya telah selesai..kini hanya tinggal aku dan adik beradik..Tidak sampai 2 bulan pemergian arwah abah...kini mak pula menjejaki abah. Ya allah...terlalu kuat ujianMu kali ini. Ku bermohon padaMu agar kami diberikan kekuatan untuk meneruskan hidup. Al Fatihah~~~~




Tabahkan hati wahai adik-adikku...ingat,,setiap yang hidup pasti akan mati.

Thursday 18 August 2011

Sayu~~~~~~~~~~~~

Ramadhan semakin menyisihkan diri dan syawal semakin menghampiri...
semakin menebal rasa pilu..sayu mengenang adik² yang beraya tanpa ibu bapa...
betapa peritnya tahun ini..betapa besarnya dugaan tahun ini..
namun ku pujuk hati ini agar menjadi lebih kuat demi mereka...


Monday 15 August 2011

~::*BUAT SAUDARI YANG BERGELAR ISTERI*::~


"Hai anakku, kini engkau kan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenal dan berkawan pula dengan orang yang belum engkau kenali. Itulah suamimu."

Jadilah engkau tanah bagai suamimu (taati perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagimu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lant
ai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan pelbagai kesukaran karena itu akan memungkinkan ia meninggalkanmu.

Janganlah engkau terlampau menjauhinya, agar ia tidak melupaimu. Sekiranya dia menjauhimu, maka jauhilah dia dengan baik. Peliharalah suamimu itu dengan baik. Jagalah mata, hidung dan anggotanya yang lain.

Janganlah kiranya suamimu itu akan mencium sesuatu darimu melainkan yang harum. Jangan pula ia mendengar sesuatu darimu melainkan yang enak dan janganlah ia melihatkan melainkan yang indah sahaja pada dirimu.

Kalau wanita ingin menjadi isteri yang baik, dipihak lelaki juga berhasrat memiliki wanita yang begitu. Mereka (para suami ) ingin benar punya isteri yang menyambut kepulangan dari tempat kerja dengan wajah yang manis dan ceria, senyum menawan, pakaian yang bersih dan wangi dan rumahtangga pula berada dalam keadaan bersih kemas dan terurus. Bila mata sedap memandang, tenang dan damailah hati suami.

Bukan itu saja suami juga bercita-cita memiliki seorang isteri yang boleh menjadi penghibur dirinya, boleh berkongsi masalah dengannya, faham apa yang disenangi, tahu mengambil hati suaminya disamping boleh memberi layanan-layanan yang menyenangkan dan mengembirakan suami. Itulah wanita idaman setiap lelaki. Pendek kata bagaimana lelaki akan dilayani oleh bidadari di syurga kelak begitu jugalah keinginan lelaki berhajatkan layanan dari seorang isteri seorang bidadari rumahtangga. Oleh sebab itu dikatakan rumahtangga yang bahagia itu ialah syurga tentulah ada bidadarinya. Siapa lagi kalau bukan isteri yang solehah yang layak menyandang gelaran bidadari dunia.

Isteri yang solehah akan berusaha memberi wajah jernih pada rumahtangga. Kasih sayang yang lahir adalah hasil dari masing-masing hendak mencari keridhaan Allah, bukannya dorongan nafsu semata- mata. Masing-masing suami isteri meletakkan Allah dan akhirat yang lebih besar dan utama.

Isteri yang solehah tidak terasa hina menjadi pelayan suami, malah sebaliknya rasa bangga dan bahagia kalau boleh melakukan tugas-tugas itu dengan baik dan sempurna. Gembira kerana yakin dengan janji Allah sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Apabila seorang perempuan mencuci pakaian suaminya, maka Allah mencatat baginya seribu kebaikan dan mengampuni dua ribu kesalahan dosanya, bahkan segala sesuatu yang disinari oleh matahari memohon ampun baginya serta Allah mengangkat seribu darjat baginya."

"Wahai Fatimah, setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membina tujuh parit antara dirinya dengan api neraka. Jarak antara parit itu ialah sejauh bumi dangan langit."

"Wahai Fatimah, setiap wanita yang berair matanya ketika memotong bawang untuk menyediakan makanan keluarganya, Allah akan mencatat untuknya pemberian sebanyak yang diberi kepada mereka yang menangis kerana takutkan Allah."

Siapa yang tidak mau kemuliaan ini hanya dengan melakukan tugas yang ringan? Seorang isteri yang solehah akan sentiasa mencari-cari jalan untuk menyenangkan hati suami dan menutupi ruang-ruang untuk menyusahkan dan mencurigakan suami terhadap dirinya. Dia tidak akan membimbangkan suaminya terhadap dirinya. Maruah dirinya sebagai seorang isteri senantiasa dipelihara dan dijaga kerana itu juga yang menjadi syarat untuk dia mendapat keredhaan Allah dan keselamatan di akhirat nanti.Setiap rumahtangga yang dihuni oleh isteri yang solehah bererti rumahtangga itu telah memiliki perbendaharaan yang termahal di dunia dan di sisi Allah rumahtangga itu mendapat perhatianNya.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : " Seorang wanita yang solehah itu lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh dan seorang perempuan yang berkhidmat melayani suaminya selama seminggu maka ditutuplah daripadanya tujuh pintu neraka dan dibukakan lapang pintu syurga dan dia bebas masuk dari pintu mana yang disukainya tanpa hisab."

Isteri solehah biasanya menjadi milik lelaki yang soleh. Tetapi ada juga ketikanya isteri solehah bersuamikan lelaki yang toleh (jahat). Bolehkan kedamaian dan keamanan wujud dalam rumahtangga bilamana suami kufur dengan Allah dan buruk akhlak terhadap isterinya?. Isteri yang menghadapi persoalan begini boleh tertekan jiwanya. Ada yang tidak sabar dengan kerenah suami hingga tidak terfikir cara lain untuk menyelamatkan jalan hidup yang dipilihnya melainkan berpisah saja dari suami.

Dalam hal sebegini, si isteri perlu banyak bersabar dan selalu bermunajat pada Allah. Ingatlah mungkin kesusahan yang kita hadapi adalah ujian dari Allah s.w.t. Ada dua maksud Allah mendatangkan ujian yaitu pertamanya ujian itu didatangkan sebagai penghapusan dosa dan keduanya untuk peningkatan darajat disisi Allah.

Jadi jika kita boleh bersabar maka terhapuslah dosa-dosa yang lalu. Sebaliknya tidak mustahil juga itu merupakan peningkatan darjat dari Allah. Kalau tidak diuji, mungkin hati kita akan terpaut benar dengan suami, menyayangi suami lebih dari Allah. Jadi untuk melihat sama ada kita membesarkan suami atau membesarkan Allah maka Allah timpakan ujian itu. Kalau benar hati sayang dan takut pada Allah tentu isteri tidak teragak-agak untuk bertindak membesarkan dan menyayangi Allah daripada suaminya sendiri.

Ingatlah, sejahat-jahat suami kita, tidaklah dia lebih jahat daripada Firaun, sedangkan isteri Firaun, Siti Asiah boleh bersabar menghadapi kesombongan dan keangkuhan Firaun sehinggakan Siti Asiah disenaraikan oleh Allah termasuk di dalam barisan antara wanita-wanita solehah yang dijamin syurga.

Oleh itu kalau suami kita masih belum diberi petunjuk janganlah kita jemu untuk memujuk dan mentarbiah, berlaku baik dan paling penting mohon dan bermunajatlah kepada Allah agar Allah mengubah hatinya untuk tunduk pada perintahNya.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda : "Wanita yang taat akan suaminya semua burung-burung diudara, ikan- ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana ia (isteri) masih taat pada suaminya dan diredhai (serta menjaga sembahyang dan puasanya)."

Semoga bermanfaat Insya Allah...


Friday 12 August 2011

~Dia Tuhan Yang Satu~

Aku pernah kehilangan kepercayaan diriku.
Kepercayaan bahwa diriku adalah seorang manusia.
Jua seorang hamba..
Yang seharusnya lebih kuat.
Yang seharusnya lebih baik.

Dalam gelapnya kekalutan hatiku ini.
Ku melihat secercah sinar terang.
Yang menghampiriku.
Dan membantuku berdiri.
Hingga akhirnya aku bangkit.
Dari segala kegelisahanku tersebut..

Sinar itu sangat indah.
Sangat terang dan berkilauan.
Ia menuntunku keluar dari kegelapan.
Dan membimbingku erat menuju dunia yang cerah.
Dimana dalam dunia itu kutemukan lebih banyak sinar lagi.
Yang menyambutku hangat.
Dan mengajariku arti hidup yang sesungguhnya..

Ada satu sinar yaang indah.
Yang selalu setia mendampingiku.
Membantuku bangkit dari masalah.
Dan mengajariku arti kedewasaan.
Erti hidup bertuhan
Tak pernah kucuba mengkhianatinya.
Begitulah seterusnya.
Tak pernah pula sedetikpun ia mendustaiku…
Dialah Tuhan yang satu.........






Friday 5 August 2011

Pulangkan Lah...

Jangan sesali apa yang telah berlaku....
Tetapi hargailah benda yang ada didepan mata.....

Kadangkala kita alpa...kita sentiasa inginkan kecantikan..kesempurnaan...
Terlalu pentingkan darjat..dimanakah sifat keperimanusiaanmu..
Tatkala ini,,saat ini...diriku amat memerlukan sokongan yang padu untuk bangun semula..
Tatkala ini juga..jiwa sentiasa resah...sentiasa menidakkan kebenaran...

Aku amat merindui dirinya yang dahulu...
Di mana kasih sayang kami yang begitu utuh..begitu erat..
Hanya berjauhan...sudah terbit keretakan...
Kemunculan orang ketiga....
Ketiadaan sikap keadilan....terpancar kebencian di matamu...

Aku hanya mampu menahan air mata dari jatuh berderai...
Menahan hati yang sakit....menahan jiwa yang perit...
Seperti dihiris belati tajam..menusuk terus ke dalam hatiku..
Mengapa tidak pernah kau hargai...

Suatu ketika..kesibukan bukan menjadi punca...
Suatu ketika..perubahan, kejauhan bukanlah segala2nya...
Tetapi..................masa pantas berlalu, seperti jua hatimu...
Berubah kerana kecantikan, berubah kerana diriku kurang sempurna...

Ku berikan cukup waktu untuk kau berfikir tetapi.......
Diri ini tidak mampu lagi untuk bertahan...adakalanya syaitan kerap berbisik,
supaya melakuka sesuatu yang buruk..adakalanya aku menang..akalanya aku tewas...

Kerinduan, sayang serta cinta yang begitu menebal...membuatkan aku tidak mampu melupakanmu..
Apa tah lagi untuk menidakkan kehadiranmu..


~~tabahkan hatiku~~

Sunday 31 July 2011

maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaimu

Ku berikan hatiku pada dunia
dunia menipu, mempersendakan...
meletakkan aku dilembah kehinaa.

Ku beriikan hatiku pada manusia
Manusia mempergunakan, mengahncur lumatkan jiwaku

Ku berikan hati pada yang ESA
hatiku dibelai, disayangi serta dilindungi
Lembut, Syahdu, Nyaman damai sekali

Namun akulah manusia yang sentiasa leka
Sentiasa alpa dengan arus kemodenan
leka dan terus terpedaya

Fitrah kehidupan..adakalnya kita diatas...
adakalanya kita dibawah...
Adakalnya kita bahagia...adakalanya kite sengsara...

rossa


Thursday 28 July 2011

Langit Tidak Selalu Cerah...

Satu Ungkapan Yang Bisa Melunturkan Hati Setiap Insan....


Jiwa meronta kesedihan..
Tatkala semua insan sedang lena diulik mimpi
Kala ini juga hati sedang merintih kesunyian..
Mengharapkan akan hadirnya seseorang...
Ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan ditengahari...
Sayu, pilu, rindu...membuak² di dalam hati...
Air mata berpusu² ingin membanjiri...


Setiba Di Persimpangan
langkah kita tidak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu...
Adakalanya ku rasanya kau terlalu jauh dengan diriku...
cuba mencari ruang yang baru...
Tetapi dimindaku kau tetap menjelma


Sekali sekala ada rindu yang datang tiba²
Mungkin Kerana sayang yang mendalam 
Membuatkan hatiku merintih merindui..


Daku menjejaki pantai rindu
Menyaksikan rintihan berlalu
Ombak resah yang menghempas diri
Hanyutkanlah kedukaan
Bawalah jauh daripada bayanganmu

Itula yang acapkali ku harapkan..
Agar diri ini mampu melupakan mu

Thursday 9 June 2011

Berlinangan Air Mata

Saat hati gundah gulana..
Terbit sedikit sinar yang memancar..
Tatakala sinar menampakkan cahayanya...
Tiba-tiba lenyap entah ke mana..

Jiwa meronta kesedihan..
Ke alpaan, keegoaan sikapnya..
Membuatkan hatiku tertanya-tanya siapakah yang telah memiliki hatinya..
Selama ini aku hanya mampu bertahan..menahan kesedihan...

Lantaran terlalu lama menanti..perasaan hiba terus melanda..
Kesabaran hilang entah ke mana...
Hanya Berteman Air Mata....
Berteman Kesepian...

Hatinya merintih kesedihan...
Tiada lagi air mata yang hendak dititiskan...

Rasulullah Bersabda bermaksud : "Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul kebajikan untuk bekalan hari akhiratnya, sehingga dia memperoleh reda Tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia, hingga dia terhalang daripada (mengerjakan) amalan untuk akhiratnya, dan lalai untuk memperoleh reda Tuhannya." Hadis riwayat al-Hakim.

Sunday 22 May 2011

Tanggal 21 Mei 2011, Jam 5.00 pg

Saat dan ketika nya..tatkala ajal tiba,tiada apa yang mampu menghalang.. hanya mampu beserah serta redha dengan ketentuananya..

Abah dimasukkan ke wad kali pertama kerana demam panas serta batuk yang teruk...dan kencing manis yang agak tinggi. Ketika itu, aku diterengganu kerana terlibat dengan Sukan Badan Berkanun (SUKANUN)..hatiku bercelaru... alhamdulillah aku sempat balik..dan ketika itu abah telah pun keluar dari hospital. Aku mengambil keputusan untuk pulang terus kekampung...dan hatiku agak lega pabila melihat keceriaan di wajah abah.Aku kembali semula ke KL untuk meneruskan kerja seperti biasa..

Hari khamis..19 Mei 2011, jam 11.30 pagi, aku menerima panggilan dari kampung mengatakan abah dimasukkan semula ke dalam wad.. Kali ni  abah dimasukkn atas sebab demam panas yg mendadak serta batuk berdarah. Sesampai sahaja dihospital, mak meluahkan rasa sedih serta hiba......aku cuba memberikan kata-kata semangat  pada mak agar bersabar.. Aku berulang kehospital seperti biasa..menghantar makanan serta keperluan yg lain...

Tepat jam 5pagi aku menerimapanggilan dari mak,,,,,
Berbagai rasa didalam hati ni tatkala mendengarsuara mak....aku dan adik2 yang lain bergegas ke hospital.. 'NA...cepatla datang..abah nazak'...tatkala itu..hatiku cukup sebak dan fikiran melayang-layang...aku tau aku perlu tabah dan kuat didepan adik beradikku... 

Sesampai sahaja dihospital...aku dikejutkan lagi dengan berita kematian ayahanda yang tersayang.... Aku tidak percaya sehinggalah aku melihat dengan mataku sendiri... Ketika itu.....................air mata tidak mampu disekat lagi...hampir longlai seluruh tubuhku ketika itu. Tapi demi ibuku..aku bangun semula..ku lihat adik-adikku hampir hilang arah...ku peluk erat kesemua adik beradikku.. Ya Allah...kau berikanlah kekuatan kepada kami sekeluarga untuk meneruskan hidup. Kami merelakan serta redha dengan pemergiannya.. 
AL FATIHAH..


Friday 20 May 2011

18 Alasan Mengapa Muslimah Lebih Cantik Memakai Jilbab

Dalil mengenai wajibnya mengenakan pakaian bahagian atas (khimar/tudung) adalah Firman Allah, “Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” [QS An-Nur (24):31].

...Dan Hadis Rasulullah riwayat dari Bazzar dan At-Termizi menjelaskan, “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.”

Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah kepada Asma’ binti Abu

1.Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab...
DIA AKAN TUTUP AURAT

2. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab...
DIA AKAN JAGA MARUAH PADA DIRI DIA

3. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab...
DIA CANTIK

4. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab...
DIA TAK AKAN TUNJUKAN KECANTIKAN PADA ORANG LAIN

5. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab...
DIA ANAK SOLEHAH



6. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab...
DIA PATUH PERINTAH ORANG TUA DAN SAUDARI-SAUDARANYA

7. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab...
DIA MENGHORMATI ORANG LAIN

8. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab...
DIA TAKUT APABILA DIA TAK PAKAI JILBAB ORANG AKAN LIAT DIA CANTIK.DAN ADA NIAT YANG TAK BAIK TERHADAP DIRI DIA

9. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab...
DIA INGIN JAUH DARI FITNAH

10. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab...
DIA TAK AKAN MENYUSAHKAN ORANG LAIN

11. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab...
DIA AKAN DAPAT PAHALA

12. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab...
DIA DAPAT MENGHINDARI MAKSIAT

13. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab...
SUPAYA DIA DAPAT MENJADI CONTOH PADA PEREMPUAN LAIN

14. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab...
SUPAYA LELAKI YANG BERIMAN SAJA YANG SUKA DIA

15. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab...
DIA DENGAR SERUAN RASULULLAH

16. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab...
DAPAT MENGURANGKAN NAFSU LELAKI

17. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab... (low class)...(no offence hah..) RAMBUT PEREMPUAN ADALAH MAHKOTA BAGINYA.., JADI JANGAN SEWENANGNYA MENUNJUK KEPADA LELAKI..KERANA JIKA DITUNJUKKANNYA DIA AKAN TAK BERNILAI,KERANA MAHKOTA ANDA TELAH DILIHAT OLEH SEMUA LELAKI (kecuali keluarga)



18. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab...
DIA TAK AKAN RAMBUTNYA DITARIK, DIGANTUNG DENGAN BARA-BARA API DAN DIBAKAR DENGAN DASYAT DEKAT AKHIRAT KELAK

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Friday 25 February 2011

pESan bUaTkU...

♫•*¨*•.¸¸ï·²¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ï·²¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥  

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah." HR Muslim

Ramai manusia menisbahkan kemulian wanita pada kecantikan semata mata, ada juga yang menisbahkan kemuliaan mereka pada kekayaan, dan tidak kurang juga pada keturunan, tetapi ini semua adalah penilaian oleh insan yang buta mata hatinya...
 Kemuliaan semua makhluk Allah adalah terletak pada nur taqwa...

Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita, walaupun mereka diselubungi kelemahan, tapi teriakan mereka mampu merubah segalanya.

 Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka; walaupun berat di pandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dicicip oleh wanita solehah.

 Kerana itulah...
 Sebagai anak, dia menjadi anak yang solehah...
Sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya... 
Sebagai ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang..dan pastinya sebagai hamba Allah, dia akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya kepada-Nya...

Firman Allah dalam surah an-Nisa': 24
 "Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun."

Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya. Sebagaimana eratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi, begitu juga lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi. Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun, matlamat hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama, iaitu mencari redha Allah, Mardhatillah.

Rasulullah s.a.w telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud...

"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu." Al-Bukhary dan Muslim

Nilai wanita bukan terletak pada pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan. Wanita solehah itu adalah wanita yg tegar menjaga maruahnya,serta apa yang lahir dari dirinya, dari hujung rambut hingga hujung kaki, termasuklah wajahnya, suaranya, senyum tawanya, jalannya,tulisannya hatta namanya sekalipun, wajahnya bukan aurat,tapi ada kalanya ia menjadi aurat. Dalam mazhab syafie ada khilafnya..berdasarkan ayat dalam surah an-Nur,30.

Allah melarang wanita beriman menunjukkan perhiasannya,kecuali apa yang telah zahir daripadanya.

Ulama Syafie berpendapat makna "apa yang zahir daripadanya" adalah muka dan tapak tangan, tetapi bagi wajah yang boleh mengundang fitnah, ia tetap menjadi aurat, wanita yang khuatir wajahnya boleh melalaikan lelaki yang memandangnya pasti akan menganggapnya sebagai aurat, lalu mengenakan purdah pada wajahnya, mungkin berat bagi wanita bergelar remaja untuk mengamalkannya, tapi cukuplah dengan tidak terlalu menonjolkan diri mereka di hadapan ajnabi atau tidak menjadikan wajah mereka sebagai paparan umum seperti friendster, facebook dan lain-lain.

Suaranya bukan aurat, tapi ada kalanya ia menjadi aurat. Wanita yang memahami erti kesolehan tidak akan melembutkan suaranya di hadapan ajnabi, kerna memahami perintah Allah s.w.t padanya dalam surah al-Ahzab ayat: 33."

Maka janganlah kamu melemah lembutkan suara dalam bebicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit hatinya".

Jadi, bertegaslah apabila berurusan dengan lelaki ajnabi, pergaulan yang betul telah Allah ajarkan melalui kisah dua orang puteri Nabi Syuib. Bagaimana mereka ketika ingin memberi minum haiwan ternakan, mereka dapati ramai pengembala di sumur. Hajat mereka tidak kesampaian. Nabi Musa a.s telah mengambil alih tugas mereka memberi minum kepada binatang ternak mereka, apabila selesai memberi minum haiwan ternakan tersebut, salah seorang daripada puteri tersebut mendatangi Nabi Musa a.s dengan keadaan malu untuk menyampaikan pesanan ayahnya menjemput Nabi Musa a.s ke rumahnya.(surah al-Qasas: 23-25)

Daripada peristiwa ini, Allah menggambarkan wanita solehah itu adalah wanita yang tidak memdedahkan dirinya pada pandangan umum. Apabila ia berurusan dgn lelaki ajnabi, maka ia akan tunduk dan melahirkan rasa malu.

Berurusanlah dengan ajnabi tanpa mendatangkan keadaan khalwat(berdua-duaan). Khalwat paling mudah berlaku dalam hubungan cinta terlarang. Khalwat juga adalah bunga-bunga perzinaan. Berbual-bual di telefon atau s.m.s antara lelaki dan wanita kerana dasar cinta terlarang juga dikira sebagai khalwat kerana ia berlaku secara berdua - duaan..fikirkanlah.

Saidina Umar r.a berkata, "Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita".Seorang wanita solehah tidak akan membiarkan lelaki berjalan di belakangnya, kerna ia faham seribu satu fitnah boleh timbul daripada keadaan tersebut. Bagaimana pula keadaan wanita yang tidak melabuhkan jilbabnya apabila lelaki berjalan di belakangnya?. Maka, labuhkanlah tudung mu sehingga menutup juyub(tulung rusuk paling bawah) dan menutup punggung.

Ketahuilah bahwa pada pagi hari perintah berjilbab diwahyukan kepada Rasulullah saw,seorang sahabiyah yang masih tidak tahu tentang wahyu tersebut telah keluar dari rumahnya tanpa jilbab, seseorang telah menegurnya,"mengapa engkau tidak berjilbab, adakah engkau tidak tahu tentang perintah memakainya?". Lalu wanita tersebut berhenti melangkah dan menyuruh seseorang mengambil jilbabnya, beliau berkata, "aku tidak mahu selangkah pun aku berjalan dalam keadaan melanggari perintah Allah swt". Diriwayatkan juga ketika peristiwa Fathul makkah, Hindun datang berjumpa Rasulullah untuk memeluk Islam dalam keadaan berjilbab. Beliau telah siap menunaikan perintah Allah walaupun belum memeluk Islam.

 Hari ini apa yang terjadi pada wanita Islam, bertahun-tahun belajar Islam tetapi masih tiada kekuatan untuk mengamalkannya...

Wanita solehah juga tidak berpergian(keluar rumah) melainkan urusan yang mustahak.Keluarnya wanita dari rumah hendaklah ditemani muhrimnya. Para sahabiyah r.a tidak keluar dari rumah mereka sehinggakan mereka tidak hafal jalan -jalan di kampung mereka. Apa yang mereka hafal hanyalah jalan-jalan menuju syurga Allah. Oleh itu, mereka telah menghantar suami dan anak anak mereka ke syurga melalui jalan pintas, dengan berjihad dan syahid di jalan Allah... Keluarnya wanita dari rumah menyebabkan terbinalah papan-papan iklan maksiat. Ini sangat menguntungkan musuh Islam. Wanita kita hari ini melariskan produk keluaran mereka dengan mendedahkan maruah mereka pada pandangan umum.

Aku bangga apabila ditanya pada seorang muslimah, "dimana tempat membeli belah paling besar di kota ini?". sedang ia menjawab, "saya tidak tahu". Seorang wanita solehah juga tidak bertabarruj(berhias diri)

firman Allah swt:
"Janganlah kamu berhias diri sepertimana berhias diri perempuan jahiliyah".(surah al-Ahzab_33)

ya,memang benar...Islam itu mudah, tapi kemuliaan Islam itu selalu mengiringi mereka yang tidak mengambil mudah terhadap Islam, dalam satu hadith dalam kitab hadith 40, Rasulullah s.a.w bersabda,

"Kebaikan itu adalah akhlak yang baik, dan dosa itu adalah apa yang bergetar di hati kamu, dan kamu takut perbuatan itu dilihat orang Wanita solehah itu adalah wanita yang menjaga pandangannya, kerna ia adalah perintah dari Allah(an-Nur,30-31), ia tidak akan mengizinkan dirinya untuk memandang atau dipandang lelaki ajnabi pandangannya sentiasa tertunduk ke bumi,lantaran sifat malu kepada tuhannya untuk berbuat kemungkaran atau mencetuskan kemungkaran. Tundukkanlah pandanganmu, ibarat mencari sesuatu yang hilang. Ketahuilah, kelak di dalam kubur manusia yang tidak menjaga pandangannya akan diajar oleh syuja'ul aqro, sekali ia menghembuskan bisanya ke bumi, maka sehelai rumput pun tidak akan tumbuh, dan di hari kiamat, dia akan dibangkitkan dalam keadaan buta.

 Wanita solehah itu adalah wanita yang selalu menjaga pendengarannya daripada sesuatu yang melalaikan,umpatan cacian, wanita yang menjaga pendengarannya di dunia, maka di syurga kelak dia akan dapat mendengar suara Nabi Daud a.s membaca kitab Zabur, di mana sungai pun akan berhenti mengalir kerna kemerduan suaranya.Dia akan dapat mendengar Rasulullah saw membacakan surah Yasin dan Toha.

Dan di hari puncak segala kebahagiaan untuk penghuni syurga, iaitu di kala melihat wajah Allah swt,Allah swt akan membacakan untuknya surah ar-Rahman...MasyaAllah...
--------------------------------------------------------------------------------
Saudariku,
Bangkitlah dari lenamu yang panjang,
dan tidak berkesudahan,
sekali kamu terjatuh,jangan biarkan diri kamu jatuh selamanya,
kamu punya kekuatan untuk bangkit semula,
walaupun kita berdosa sebanyak buih yang memutih di lautan,
yakinlah kasih sayang dan maghfirah Allah terlalu luas...

Saudariku...
hidup ini seperti mimpi,
seorang pengemis bermimpi menjadi seorang raja,
dipuji dan dipuja,
segala kemuliaan dan kekayaan tunduk kepadanya,
tapi bila dia sedar dari lenanya,
dia masih seorang pengemis yang miskin dan tidak punya apa-apa,
seorang raja yang bermimpi,
menjadi seorang pengemis yang miskin dan hodoh,
dia dihina dan dikeji di setiap persimpangan yg dilalu 
tapi bila raja itu sedar dari lena,
dia tetap seorang raja...

 Saudariku...
itulah hakikat hidup di dunia,
kalau susah,susah yang sementara,
kalau senang, senang yang sementara,
tapi hidup di akhirat, kalau susah sehari, ibarat seribu tahun di dunia, 
kalau senang di akhirat..senang untuk selamanya.. 

 Saudariku...
 matanglah dalam urusan akhiratmu,
 jgn kerna kesenangan dunia yg sementara,
 kau sanggup menempah sengsara di akhirat selamanya,
jgn kerna kasih makhluk yg sementara, kau hilang kasih Allah di akhirat,
jika kau hilang kasih Allah, kau hilang segalanya...

 Saudariku...
Saidatina Aisyah r.a pernah berpesan,
"sebaik baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"
jangan kau berasa bangga, kecantikanmu dikejar jutaan lelaki,
itu bukan kemuliaan bagimu, tapi adalah satu penghinaan,
jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dgn pepasir dipantai,
yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja,
di mana seorang pengemis pun mampu memilikinya,
tapi jika kau menganggapnya sebagai satu musibah pada dirimu,
Kau telah memuliakan dirimu setanding mutiara Zabarjad.
yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga sahaja...

Saudariku...
 ingatlah pesan Rasulullah s.a.w,
"barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum,maka dia daripada kalangan mereka"
lihatlah penampilanmu,percakapanmu,ataupun akhlakmu,
moga - moga ia mirip Asiah dan Maryam a.s,
mirip isteri-isteri Rasulullah saw dan para sahabiyahnya r.a,
kelak di hari kebangkitan,mereka akan menjadi jiranmu,
tapi apa khabar nasibmu,jika penampilanmu, percakapanmu dan akhlakmu,
seperti akhlak wanita-wanita jahiliyah...?

 Saudariku...
 jadilah wanita solehah,
yang taat pada Allah dan Rasulnya,
teguhlah menjalankan perintahnya dan meninggalkan larangannya,
jangan kau cuba menambah atau menguranginya
walaupun langit dan bumi menghimpitmu 
jagalah hati, pandangan, pendengaran dan percakapanmu,
binalah hubungan baik dengan Tuhanmu,
beristiqomahlah dalam kebaikan dan kesolehan,
agar tarikan dan hembusan nafasmu,
di dalam keredhaan tuhanmu,
didiklah hatimu seperti hati Rasulullah s.a.w,
walaupun dicaci,dilukai dan disakiti,
tapi baginda tetap mendoakan kebaikan utk umatnya...

 Saudariku...
ajarlah jiwamu untuk bersahabat dgn tuhan,
ia tidak semudah pengucapan,
kau akan didatangi pelbagai musibah dan ujian,
di kala jasadmu bersama manusia, tapi ruhmu jauh terbang merindui tuhan,
 di kala manusia lalai dengan keduniaan, jiwamu menangis kerna takutkan tuhan,
hiasilah setiap tarikan dan hembusan nafasmu,dengan zikir LailahaillaAllah,
berjalanlah di atas jalan seorang solehah, da'ieah, abidah, alimah,murabiyah dan zahidah,
jalan yg pernah dilalui oleh Maryam a.s, Masyitah a.s dan para sahabiyah r.a,
di mana seorang yang buta pun, apabila melalui jalan ini, mereka akan bertemu syurga Allah...

semoga kamu dimuliakan Allah seperti Saidaina Fatimah r.a..di kala penghulu wanita di syurga itu ingin melalui titian sirat, Allah akan memerintahkan setiap manusia supaya menundukkan pandangan,kerna beliau adalah wanita yang tegar menjaga maruahnya di dunia..betapa tingginya maruah seorang wanita solehah..semoga kamu ditaufiqi Allah untuk mendakapnya.amin..

Semoga bermanfa'at