Friday 15 February 2013

JanganLah Bersedih Wahai Hati..

Ya Allah...

Tiada kata yang mampu ku ucapkan..
Hanya ku bersyukur kepadaMU Tuhan..
Yang memberikan aku kebahagiaan...yang memberiku tenaga..yang memberiku senyuman..
Yang memberiku kekuatan...yang memberiku ketabahan..

Ya Allah...

Di Saat insan lain bersama keluarga mereka...
aku terkapai2 mencari kasih sayang yang hilang ntah kemana...
Adakala...perasaan itu sangat meruntun jiwa...
Ingin ku belai, ingin kutatapi.... ingin ku rasai belaian itu...

Ya Allah...

Kerinduan ingin memanggil akan ayat ini.."abah..mak.." sudah lama sepi..
Hanya doa anakMU yang kerdil ini yang mengiringi pemergianmu..
Sering tertanya-tanya apakah yang sudah terjadi di sana...
Adakah adik beradikku senang, susah...derita..
Ingin sekali aku bertanya khabar..tapi aku risau akan kehadiranku akan menambah luka dihati mereka...

Ya Allah...

Benarkah caraku ini..
Menyepikan diri..mendiamkan diri tanpa usaha memulihkan keadaan yang semakin keruh...
Aku hanya mampu berdoa Ya Allah...
Agar dibukakan hati mereka untuk berbaik kembali...
Menyambung kembali silaturrahim yang telah lame terputus..

Ya Allah...

Hati ini terlalu hiba..
Terlalu sedih....memikirkan mereka...
Ku Titipkan doa..agar mereka juga kuat sepertiku...

Mak...Abah...

MaafkanLah angah kerana tidak dapat mengembalikan keceriaan pada keluarga kita..
Hanya setakat ini saja yang mampu angah buat...
Angah harap..mak abah bahagia di sana...
Doa angah sentiasa tidak pernah putus...
Bibir angah sentiasa tidak pernah alpa untuk membaca Al-Fatihah setiap pagi..sebelum tidur..
Boleh dikatakan setiap masa...

Mak...Abah...

Angah rindukan mak abah...
Rindukan amarah abah yang tak bagi angah main bola jaring...
Rindukan karipap mak...nasi lemak mak...
Nasi lemak angah tak sedap macam mak buat..
Inti karipap angah tak sedap mcm mak buat...
Sekarang ni angah beli je karipap tu sebab...angah taknak buat...nanti angah lagi rindu kat mak..


Andai diri ini banyak melukai hati insan2 diluar sana..maafkanLah,,
Andai diri ini tidak layak untuk didampingi....hapuskanLah ia...
Andai hati ini tidak mampu mengembirakan hati2 diLuar sana....ampunkanLah....
Andai jiwa ini terlalu banyak menagisi jiwa diLuar sana....sisihkanLah ia...

Salam sayang dari saya buat kalian yang sudi menyengah ke blog ini...
Kepada yang masih mempunyai mak abah...sayangilah mereka..hargailah mereka sehingga hujung nyawa..


Kisah Pensel dan Pemadam~o`

PENSEL : Dam, saya minta maaf.....

PEMADAM : Untuk apa? Awak tak buat salah pun dengan saya...

PENSEL : Erm, saya nak minta maaf sebab saya, awak selalu cedera. Setiap kali saya buat silap, awak pasti berada disitu untuk membetulkan kesilapan saya. Tapi setiap kali awak membetulkan kesilapan saya, awak akan  kehilangan sebahagian dari diri awak, awak menjadi semakin kecil. 



PEMADAM : Jangan risau, saya langsung tidak kisah kerana saya sememangnya dilahirkan untuk membetulkan kesilapan yang awak dah buat. Walaupun suatu hari nanti saya tahu bahawa saya akan lenyap dari muka bumi ni.. Tapi saya nak awak tahu..saya bangga dengan kerja saya ni.. Jadi, jangan la awak risau sebab saya tak suka tengok awak bersedih...

PENSEL : Saya akan merindui awak dam...... 

Thursday 14 February 2013

Muhasabah Diri...



Telah bersabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
“Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga. Adapun yang berharga itu ialah akal, agama, malu, dan amal soleh, maka:
  1. Akal boleh hilang disebabkan marah
  2. Agama boleh hilang disebabkan dengki
  3. Malu boleh hilang disebabkan tamak
  4. Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.
Manusia akan menghadapi empat penarikan:
  1. Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya
  2. Para ahli waris akan menarik hartanya
  3. Ulat akan menarik tubuhnya
  4. Orang yang dimusuhi atau dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di hari kiamat iaitu amalnya.”
Dari Ali r.a yang bermaksud:
“Sesungguhnya amalan yang paling sukar ada empat macam:
  1. Memberi maaf pada waktu marah
  2. Suka memberi pada waktu susah
  3. Menjauhi yang haram pada waktu sunyi
  4. Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya.”
Dari Hatim al-Asom yang bermaksud:
“Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:
  1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang- orang tua
  2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa bencana
  3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang- orang sakit
  4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.”
Pesan Rasulullah S.A.W dalam hadith baginda:
“Peliharalah titah perintah Allah nescaya Dia akan memelihara engkau(sepanjang masa), peliharalah larangan Allah nescaya engkau dapati Dia selalu di hadapanmu. Apabila kamu meminta, hendaklah kamu meminta kepada Allah dan apabila kamu memohon hendaklah kamu memohon pertolongan dari Allah.
Ketahuilah,
Seandainya umat manusia sepakat untuk memberi sesuatu manfaat untukmu, mereka tidak dapat memberinya melainkan mengikut apa yang telah Allah tetapkan untukmu dan sekiranya mereka sepakat untuk menimpakan engkau dengan suatu keburukan tidaklah mereka dapat melakukannya melainkan dengan sesuatu yang Allah Taala telah tentukan ke atas dirimu, kerana telah terangkat pena dan telah kering kertas (telah ditentukan semuanya.” 
Wallahualam.