Friday 15 February 2013

Kisah Pensel dan Pemadam~o`

PENSEL : Dam, saya minta maaf.....

PEMADAM : Untuk apa? Awak tak buat salah pun dengan saya...

PENSEL : Erm, saya nak minta maaf sebab saya, awak selalu cedera. Setiap kali saya buat silap, awak pasti berada disitu untuk membetulkan kesilapan saya. Tapi setiap kali awak membetulkan kesilapan saya, awak akan  kehilangan sebahagian dari diri awak, awak menjadi semakin kecil. 



PEMADAM : Jangan risau, saya langsung tidak kisah kerana saya sememangnya dilahirkan untuk membetulkan kesilapan yang awak dah buat. Walaupun suatu hari nanti saya tahu bahawa saya akan lenyap dari muka bumi ni.. Tapi saya nak awak tahu..saya bangga dengan kerja saya ni.. Jadi, jangan la awak risau sebab saya tak suka tengok awak bersedih...

PENSEL : Saya akan merindui awak dam...... 

No comments: