Wednesday 26 January 2011

28 tahun usia terbaik untuk berdiet

USIA TERBAIK UNTUK SESEORANG MEMULAKAN PROGRAM MENGAWAL BERAT BADAN DAN BERDIET ADALAH KETIKA BERUSIA 28 TAHUN. DEMIKIAN MENURUT SATU KAJIAN TERBARU YANG MEMBUKTIKAN BAHAWA MEREKA YANG BERDIET SEJAK BERUSIA 28 TAHUN CENDERUNG UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN DALAM PENURUNAN BERAT BADAN.

Dikatakan, wanita yang berusia 20-an, cenderung berjaya menurunkan berat badan kerana mempunyai waktu luang yang lebih banyak dan memiliki semangat yang lebih kuat jika dibandingkan dengan wanita berada di lingkungan umur yang lain. Kesimpulan tersebut diperolehi setelah memantau sekitar 3000 wanita berusia lebih dari 30 tahun.

Wanita berusia 20-an, memang kerap bimbang tentang persoalan berat badan mereka, dan sering kali menemui kegagalan dalam program penurunan berat badan. dari aspek lain pula, mereka yang berusia 30-an rata-rata memiliki terlalu banyak kesibukan untuk menjaga berat badan, sedangkan wanita berusia 40-an pula kebanyakan sudah tidak tertarik lagi untuk menjaga berat badan mereka.

Lebih-lebih lagi pada masa kini, semakin benyak wanita berusia 28 tahun ke atas yang masih bujang sehingga mereka ingin selalu berpenampilan baik dalam kehidupan sosial mereka. Oleh itu, mereka sering berada dalam situasi bersedia untuk menjaga kesegaran tubuh dan pola pemakanan mereka.

1 comment:

Anonymous said...

wahhh..yeke cik nana..saya umo 28 tahun ni mmg nak diet ni..cik nana umo bape? ^_^